Wednesday, May 4, 2011

Lupa.

Entry kali ni aku nak citer pe terjadi kat aku pagi tadi...

  1. 11:40pm-2:30am:- Biasa pas balik keje dari shift petang aku akan tidur lewat dalam kul 2 lebih.. apa aku buat??.. tengok Anime.. atau movie yang aku download.. facebook.. dan main game.. (bola x tengok hahaha)
  2. 2:30am-5:55am:-Tidur.. zzzzzzzz
  3. 6:00am-6:30am:-Solat subuh.. pastu ngeteh sat...
  4. 6:30am-7:30am:-tertidur sat.. gerimis plak tu... sejukkkk.... (mimpi tengah wat keje.. keje bertimbun)
  5. 7:35am-7:45am:-terjaga tetiba.. dan tengok jam dah pukul 7:35am... omg... da terlambat gi keje.. dengan mulut membebel... konon nak salahkan jam.. padahal tadi da bangun.. siap ngeteh lagi... dalam bilik air asyik pikir apa alasan aku patut bgi kt supervisor aku... hurmmm.. tengah pening.. kalau bgi alasan nak kena logik.. kalau boleh sampai dia rasa cerita aku logik... so ngaku je la aku bangun lambat.. bkn selalu pun??.. hahaha...
  6. 7:45am-8:00am:-tengok cuaca kat luar pun tak mengizinkan... ohh.. hujan... so aku start keter je... kena tunggu 5 minit.. panaskan enjin.. gi keje tak boleh rush-rush.. hati tak tenang.. lagipun aku da tau.. kat Hamzah Alang mesti JEM... plak tu time hujan... da habis 5 minit.. aku terus masuk gear.. keluar ke jalan kopi... dan ermmm... mak aku call...
Mak:Along.. ko kat mana?.. kuar gi beli sarapan ke?... ni wallet ko tertinggal...

Aku:wallet tu simpan dululah.. ermm tak lah.. nak gi keje ni... otw.. jem plak...

Mak:ohh ko OT ke?..

Aku:OT?...(termenung sejenak.. aku ni mana suka OT... ermmm)

Mak:ko kan keje petang... kalau masuk pagi mesti lah gi OT... ke kau tukar shift?... atau Shift tersalah?.. hahaha(mak aku gelakkan aku)...

Aku:Yer la... hahahah...(terus putuskan talian)...
Photobucket

Bingai plak rasanya... bila aku terlupa yang aku keje petang minggu ni.. hargggg... nak tak nak aku kena patah balik je.. sesampai kt rumah da kena gelak.. huhuhu... tapi tak pe.. aku bole sambung tidur.. selamat malam semua... HE HE HE HE




Sunday, May 1, 2011

Puyol asal Malaysia.

Pepagi aku dapat email best.. khas untuk peminat Barcalona... kalau korang x caya korg tgok arr gambar ni.. sama x?.. hahaha
Photobucket

Jangan Marah.. hehehe

Friday, April 29, 2011

Kassim Selamat.

Photobucket

Entry kali ni aku nak bercerita tentang sikap manusia yang mudah mengalah dan cepat berputus asa.. maksud aku bukannya kita tidak redha atas ketentuan ilahi tetapi kita kena paham kat sini apa yang diberi oleh Allah itu adalah satu cabaran untuk umatnya.. Allah nak menilai sedaya mana kita mampu menghadapi cabaran dalam hidup kita..
Ok.. Mesti ramai kat sini pernah tengokkan IBU MERTUAKU... dan mesti korang kenal sape itu Kassim Selamat?..

"Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?" -Nyonya Mansoor
"Ahli muzik" -
Sabariah
"Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!!" - Nyonya Mansoor

Bukan bermaksud aku nak menghina atau mengkeji Kassim Selamat nie.. tapi terus terang aku cakap cara dia menghadap masalah.. lagi2 bila berpisah dengan bini dia.. buat aku rasa meluat..
Setiap yang dicipta oleh Allah ada pasangannya.. tapi kalau da itu bukan jodoh.. dia sepatutnya redha.. dan meneruskan hidup.. bukan duduk dibawah kolong menangis teresak-esak sampai mata buta.. nasib baiklah Abang Ali(Owner Kolong) tu baik hati nak bagi dia tinggal kt situ.. tak payah bayar 1 sen pun... kesian kan kassim selamat?.. huhuhu tapi bagi aku tak kesian langsung.. PEMALAS... HA HA HA HA

Babak seterusnya bla.. bla.. bla.. sampai dia tukar nama jadi Osman Jailani.. Wahhh yang ni aku respek sikit.. pasal dia da rajin.. pandai guna bakat dia.. bagus la.. dia dapat kenal awek baru... disamping dengan orang-orang yang sayang kat dia.. babak ni aku suka... tapi masuk babak jumpa Sabariah?.. ni ex-bini dia.. x kena cerai pun... ermm mcm mana dia boleh kawen dengan Doktor Ismadi?.. hahahaha.. peliklah orang dulu2...

Ok.. lepas jumpa Sabariah (masa tu buta lagi).. aku tengok da mcm orang kena game je dengan pompuan.. ikut je pe minah tu cakap pe.. repair mata.. dia pun repair.. dah ok.. tapi terus terang aku cakap Kassim selamat ni memang noob.. x kan la x kenal atau x cam muka orang yang disayang.. senang2 je kena kencing dengan sabariah.. alasan pelanduk dua serupa.. padahal Kassim Selamat tu orang singapore.. singapore tu besar mana la wei.. tak kan tak de kabel... maksud aku kawan-kawan dia.. hehehe kesian dia.. lawak plak... HA HA HA HA

Aku malas nak citer babak konflik.. kat kubur.. pasal terang-terang dia kena game dengan nenek tua tu.. hehehe ok kita terus ke babak dia balik kerumah.. lari masuk kebilik dan cucuk mata?.. Ya Allah.. kita dapat tengok betapa bodohnya manusia ni.. Tidak menghargai peluang kedua.. sia-sia je pengorbanan orang-orang yang sapot dia dari mula.. aku pun sama menyesal je kesian kat Kassim Selamat.. HU HU HU HU

Kesimpulan dari mamat ni.. moral positif tak de langsung... banyak benda tak boleh nak di ikut kat mamat ni... apa pun tak boleh la mamat ni... jadi kepada lelaki-lelaki yang tengah frust kat luar sana.. jangan ikut cara mamat ni settelkan masalah... kita lelaki beb.. teruskan hidup.. gambateh.. kerja tetap kerja.. majukan diri dari diri yang lama.. menangis dan menoleh ke belakang bila perlu... papahal bila da berjaya cari pengganti... terus kawen.. .. tapi kalau jadi macam kes Kassim Selamat.. korang bawak lari je bini korang gi Afrika.. jangan bagi mak mertua korang jumpa dia.. hahahaha

Ok sampai kat sini je aku nak taip.. kang lebih2 mau ada orang emosi.. ni cuma pandangan aku.. tak tau la pandangan orang lain.. kalau ada terjentik telur tu aku minta maaf la yer.. hehehe

Photobucket
-Kempen berkeluarga-


Thursday, April 28, 2011

Adakah Kita Akan Menjadi Gila Sekiranya Banyak Berfikir?


Photobucket
1.Saya tidak setuju sekiranya ada orang cakap " kita boleh jadi gila sekiranya banyak berfikir "

2.Kenyataan itu adalah seperti kita boleh menjadi pekak sekiranya mendengar bunyi

3.Kerana takut menjadi gila, ramai yang akan mengelakkan perkara yang ditakutinya.dalam kes ini ramai yang tidak akan banyak berfikir

4.Mereka anggap dengan kurang berfikir, akan merehatkan otak.mereka anggap itu adalah sesuatu yang baik

5.Pendapat saya, tidak salah sekiranya menggunakan otak untuk berfikir.gunakanlah pemikiran tersebut

6.Sekiranya tidak tahu untuk berfikir apa.cuba berlatih dengan berfikir tentang menjawab soalan, contohnya :

" Bagaimana untuk saya mendekati diri kepada Allah "
" Bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup "
" Bagaimana untuk saya menjadi kaya "

7.Jom kita berfikir

Photobucket

Nota : tetapi ada juga beberapa perkara yang kita tidak digalakkan fikir

Wednesday, April 27, 2011

Satria auto cruise

Terkejut gila.. bila aku tengok video ni.. memang agak melampau cara pemanduan mamat ni...
tapi aku salute giler.. mana nk dapat Satria Auto Cruise kat malaysia ni?.. kayo giler mamat ni...



Sebab Paling Munasabah Ke Sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.



Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim adalah PENGETUA SEKOLAH!!

Photobucket

Tuesday, April 26, 2011

Hanya Perawan Dibenarkan Petik Daun Teh.

Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu.
Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukannya.
Daun teh yang sudah dipetik perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.
"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.
Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.
Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
<span class=
Pandangan aku:-
anyway, ada bagus nyer gak... mengurangkan masalah sosial...pasal perawan aje bule keje kat situ.. andai kata ada sape2 nak carik jodoh ngan anak dara,
pegi carik aje kat ladang teh tu.. confirm dapat anak dara.. dah ler anar dara berpayu dara besar... pergh!
salute!