Friday, April 29, 2011

Kassim Selamat.

Photobucket

Entry kali ni aku nak bercerita tentang sikap manusia yang mudah mengalah dan cepat berputus asa.. maksud aku bukannya kita tidak redha atas ketentuan ilahi tetapi kita kena paham kat sini apa yang diberi oleh Allah itu adalah satu cabaran untuk umatnya.. Allah nak menilai sedaya mana kita mampu menghadapi cabaran dalam hidup kita..
Ok.. Mesti ramai kat sini pernah tengokkan IBU MERTUAKU... dan mesti korang kenal sape itu Kassim Selamat?..

"Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?" -Nyonya Mansoor
"Ahli muzik" -
Sabariah
"Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!!" - Nyonya Mansoor

Bukan bermaksud aku nak menghina atau mengkeji Kassim Selamat nie.. tapi terus terang aku cakap cara dia menghadap masalah.. lagi2 bila berpisah dengan bini dia.. buat aku rasa meluat..
Setiap yang dicipta oleh Allah ada pasangannya.. tapi kalau da itu bukan jodoh.. dia sepatutnya redha.. dan meneruskan hidup.. bukan duduk dibawah kolong menangis teresak-esak sampai mata buta.. nasib baiklah Abang Ali(Owner Kolong) tu baik hati nak bagi dia tinggal kt situ.. tak payah bayar 1 sen pun... kesian kan kassim selamat?.. huhuhu tapi bagi aku tak kesian langsung.. PEMALAS... HA HA HA HA

Babak seterusnya bla.. bla.. bla.. sampai dia tukar nama jadi Osman Jailani.. Wahhh yang ni aku respek sikit.. pasal dia da rajin.. pandai guna bakat dia.. bagus la.. dia dapat kenal awek baru... disamping dengan orang-orang yang sayang kat dia.. babak ni aku suka... tapi masuk babak jumpa Sabariah?.. ni ex-bini dia.. x kena cerai pun... ermm mcm mana dia boleh kawen dengan Doktor Ismadi?.. hahahaha.. peliklah orang dulu2...

Ok.. lepas jumpa Sabariah (masa tu buta lagi).. aku tengok da mcm orang kena game je dengan pompuan.. ikut je pe minah tu cakap pe.. repair mata.. dia pun repair.. dah ok.. tapi terus terang aku cakap Kassim selamat ni memang noob.. x kan la x kenal atau x cam muka orang yang disayang.. senang2 je kena kencing dengan sabariah.. alasan pelanduk dua serupa.. padahal Kassim Selamat tu orang singapore.. singapore tu besar mana la wei.. tak kan tak de kabel... maksud aku kawan-kawan dia.. hehehe kesian dia.. lawak plak... HA HA HA HA

Aku malas nak citer babak konflik.. kat kubur.. pasal terang-terang dia kena game dengan nenek tua tu.. hehehe ok kita terus ke babak dia balik kerumah.. lari masuk kebilik dan cucuk mata?.. Ya Allah.. kita dapat tengok betapa bodohnya manusia ni.. Tidak menghargai peluang kedua.. sia-sia je pengorbanan orang-orang yang sapot dia dari mula.. aku pun sama menyesal je kesian kat Kassim Selamat.. HU HU HU HU

Kesimpulan dari mamat ni.. moral positif tak de langsung... banyak benda tak boleh nak di ikut kat mamat ni... apa pun tak boleh la mamat ni... jadi kepada lelaki-lelaki yang tengah frust kat luar sana.. jangan ikut cara mamat ni settelkan masalah... kita lelaki beb.. teruskan hidup.. gambateh.. kerja tetap kerja.. majukan diri dari diri yang lama.. menangis dan menoleh ke belakang bila perlu... papahal bila da berjaya cari pengganti... terus kawen.. .. tapi kalau jadi macam kes Kassim Selamat.. korang bawak lari je bini korang gi Afrika.. jangan bagi mak mertua korang jumpa dia.. hahahaha

Ok sampai kat sini je aku nak taip.. kang lebih2 mau ada orang emosi.. ni cuma pandangan aku.. tak tau la pandangan orang lain.. kalau ada terjentik telur tu aku minta maaf la yer.. hehehe

Photobucket
-Kempen berkeluarga-


2 comments:

Kembang Perawan 3288 said...

jgn lah ibu mertuaku seganas itu.

Darth Vader said...

sama la dengan ku~