Wednesday, August 15, 2012

Si celup yahudi.

Gua hari ni nak cerita pasa yahudi celup,mesti korang pernah jumpakan ayat macam kat bawah ni.

"Kari dalam bahasa yahudi bermaksud selipar jepun,jadi janganlah kita menggunakan perkataan kari kerana ia sebagai satu penghinaan halus terhadap kita,bla bla bla bla kita gunakan curry."

Berotak keju je yang akan ikut arahan macam ni,bahasa yang kita cakap adalah bahasa melayu,tak payahlah nak kaitkan dengan bahasa yahudi tu,walaupun sebutan sama tapi maksud lain, Apatah lagi bila kita bercakap antara melayu dan melayu,bukan antara melayu dan yahudi.

Gua saspek ada beberapa sebab kenapa diorang nak jadi yahudi celup

1.Melancong.
Diorang nak pergi melancong ke israel,walaupun umum tahu rakyat malaysia tak boleh jejak kaki kesana sebab?,lu bukak passport lu baca terma dan syarat.

2.I-pop (israel pop).
konon rakyat malaysia majoriti sibuk layan k-pop,jadi dia nak beralih arah layan I-pop,bajet rare konon nak jadi pertama dalam malaysia layan I-POP. puihhh

3.SPY.
Mungkin nak baca dokumen sulit dari ketenteraan israel,
ni lagi satu,bajet dokumen sulit senang-senang ke nak lepas ke tangan orang lain?,malaysia punya dokumen pun tak dapat baca inikah plak dokumen israel.

4.Taksub.
Ketakutan membawa kepada ketaksuban,
yang ni mungkin betul,pasal takut dimomokkan dari kecik sehingga dewasa lagi dimomokkan oleh teori ARRIVAL,FREEMASON,ILLUMINATI dan DAJJAL,belajar konon nak knowledge tahap tertinggi untuk hilangkan rasa sangsi dalam diri terhadap yahudi,bajet nanti kalau jumpa orang yahudi boleh berborak pasal illuminati,sedar-sedar diri tu cuma dikambingkan je.

Nasihat gua lu pikirlah sendiri.