Wednesday, June 15, 2011

Sekatan SKMM.

Entry kali ni aku nak citer pasal sekatan SKMM ke atas Website File sharing..
Rata-rata da tau website yang diorang block..
aku cerita ni bukan bermaksud nak berpolitik atau nak buat provokasi kebebasan di alam cyber..
tapi cuma nak bagi pandangan aku terhadap apa yang SKMM da lakukan.

SKMM bagi aku 1 pertubuhan yang boleh dikatakan cekap tetapi tidak bijak..
kenapa aku cakap tidak bijak?.. pasal diorg tak boleh sekat hacker...
diorang cuma terer sekat website file sharing..
tak bagi rakyat malaysia gi ke website-website tersebut..

Sekatan diorang ni ibarat..
"tak boleh pergi 7E pasa 7E ada jual arak".. pasal apa aku cakap macam tu?..
pasalnya.. SKMM sekat website tersebut kerana atas hak-cipta dan pelihara..
takkan la kesemua file yang disharing di claim kan?.. tak de kan?..
so diorg nak mudahkan kerja diorg untuk repot-repot mendatang diorg block terus website tersebut... supaya KERJA DIORANG SENANG.. pasni boleh FOKUS kat HACKER plak..

Photobucket

Dalam keadaan macam ni banyak andaian dan spekulasi boleh timbul..
menteri ni suruh pasal tak dapat untung dari alam cyber..
so otak aku tengah berfikiran negatif nie.. HAHAHA..

So sekarang ni aku kena guna proxy untuk bukak website-website yang kena block tu..
banyak kerja.. tapi nak buat macam mana.. SKMM suka...

Aku harap sekatan ni sementara je.. banyak benda yang menarik kat warez tu sebenarnya..
lagi aku mengharap photobucket toksah disekat la yer.. banyak pic2 aku kt sana tu.. huhuhu