Wednesday, November 30, 2011

Cerita yang dipolitikkan.

Situasi sebenar :Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca menunjukkan kelemahan ADUN pembangkang di tempat kejadian?"

Harakah - "Nenek maut dilanggar beca merupakan kesan kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya."

Harakah Online - "Pemandu beca BN menyebabkan kematian nenek beli ubi"

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti Polis pimpinan kerajaan Malaysia makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenekmati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu matidilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

Samad Gereja : "Penarik beca UMNO melanggar mati nenek yang menuju ke gereja untuk beli ubi"

DUMC - "Majlis tahlil, doa selamat dan makan free mengenang arwah Sister Nenek Ubi malam ini. Umat Islam dijemput hadhir"

Catholic Herald - 'Semoga Allah memberkati roh nenek yang mati dilanggar beca itu.'


Mingguan Wanita - Pesanan terakhir nenek mati dilanggar beca "Saya nak makan ubi".

Suara Keadilan - 'Tiada bukti kesan air mani di dubur seorang nenek sebelum mati dilanggar beca'.

Bersih 1.0 - 'Nenek Ubi yang bakal bocorkan rahsia pengundi hantu, politik wang, SPR rasuah, undi pos tipu, dakwat tak boleh kering, rahsia tarikh PRU13, saluran duit George Soros, penipuan pilihan parti PKR, lokasi jam Omega, nama pelakon wanita China yang terbaik (dalam video) dan 17 perkara lagi, mati dilanggar beca hantu'

Bersih 2.0 - Gas pemedih mata Polis menyebabkan beca melanggar Nenek Ubi yang mati di tempat kejadian.

Star Classified - 'Beca untuk dijual. Masih lasak. Penjual ada bukti kukuh.'

The Rocket - 'Tidak ada komen. Ini kes Melayu sama Melayu'

Karpal Singh - 'Yang Arif, kematian Nenek Ubi amat serius. Kami mohon kes di tunda sebulan"

Malaysia Today - "Pemandu beca berjumpa Najib sehari sebelum menyebabkan kematian Nenek Ubi"

Malaysian Insider - "Kes nenek mati - kroni UMNO terlibat dalam menjual ubi"

Photobucket

*Bilakah media akan bebas dari cerita-cerita berkaitan politik semata-mata??..

Perasan kuat... tapi

Salam..
Entry kali ni nk citerkan pasal Kepoyooan aku.. @@
Aku ni kalau tiba-tiba lah ditemukan dengan hantu.. jembalang iblis dan syaitan.. aku tak lari beb.. aku tak gentar.. pasal apalah sangat dengan benda2 tu..

so kalau aku jumpa memang ni makan dia.. :3


*Tapi perasaan takut aku lebih terhadap Allah. ^^