Saturday, June 18, 2011

Kalau dah NOOB!


Entry kali ni aku cerita pasal segenlintir orang yang diatas berlagak pandai tapi noob.. berfikiran sangat singkat.. aku ingat pasal hak-cipta je diorang block.. rupanya.. hehehehe

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menyekat sepuluh laman perkongsian fail adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan penggodam berniat jahat memasukkan virus ke dalam komputer pengguna.

Pensyarah Universiti Malaysia Pahang, Syahrizal Azmir, 28, berkata, dalam laman perkongsian fail terdapat penggodam mengambil kesempatan atas keterbukaan laman seperti ini untuk memasukkan virus Trojan atau pintu belakang dalam fail yang dikongsi mereka.


Menurutnya, pengguna mungkin teruja memuat turun filem atau lagu terbaru daripada laman berkenaan tanpa menyedari fail dimuat turun mengandungi Trojan.

“Virus yang dikawal penggodam berkenaan bukan saja boleh digunakan untuk merosakkan sistem komputer pengguna, malah penggodam berniat jahat berupaya mencuri data peribadi untuk kegunaan mereka sendiri,” katanya yang memiliki sijil pengiktirafan sebagai penggodam beretika (Certified Ethical Hacker) daripada Majlis Penasihat Antarabangsa E-Perdagangan atau EC-Council.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Malaysia, semalam.


Rakannya Syahrizal Shafie, 31, yang turut memiliki sijil pengiktirafan sama berpendapat kumpulan penggodam yang menceroboh laman web kerajaan baru-baru ini memerlukan tempoh beberapa jam menembusi sistem keselamatan.

“Pada pendapat saya tahap keselamatan laman web kerajaan masih perlu ditingkatkan, kakitangan yang memantau aktiviti dalam talian perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk serangan siber,” katanya.


Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Mara, Dr Bharanidharan Shanmugam berkata, seorang penggodam memerlukan lima langkah untuk memasuki sistem komputer yang disambung kepada Internet sebelum berupaya melakukan kerosakan pada laman web berkenaan.

Lima langkah terbabit adalah peninjauan (reconnaissance) mengesan alamat IP (scanning), mencari jalan masuk (gaining access), mengekalkan akses (maintaining access), dan menghilangkan jejak (clearing tracks).


Katanya tempoh masa menggodam komputer berbeza mengikut kemampuan individu.


“Seorang penggodam amatur memerlukan masa dua hingga tiga jam manakala bagi seorang profesional mungkin hanya 10 minit,” katanya.




‎#fact

1.Alasan untuk menyekat file sharing websites berkaitan dengan isu hakcipta

2.Timbul pula alasan lain atas sekatan terhadap laman web berkenaan iaitu khuatiri virus Trojan menyerang sistem komputer pengguna.

p.s : Lepas ni?

Diorang berkata berpaksikan fakta,cuma dari pengalaman seseorang yang boleh dilabelkan NOOB.
Anti virus hebat macam mana pun, tetap tak dapat bendung backdoor mahupun virus baru yang sentiasa diterbitkan oleh Hacktivism yang ni fakta.
Aku pun pernah menjadi mangsa.
Tapi yang aku nak tekankan kat sini.

ITU BUKAN ALASAN!!

info kat sini!!

-Tua buat cara tua.. bagi yang muda ni berkuasa plak..-