Monday, June 20, 2011

Masalah.

Terus terang kali ni aku nak buat luahan hati.
Ni bukan cerita cinta atau cerita aku syok kat awek tu.. dan awek ni...
tapi aku nak cerita tentang masalah dan permasalahan dalam kehidupan seharian aku..

Sememangnya true aku cerita aku ada masalah..
tapi masalah aku takde besar mana.. sekadar dipinggiran jalan je...
tapi yang menjadikan besar bila masalah orang lain dipalitkan kat orang lain...

terus terang aku cakap masalah ini adalah masalah yang berpunca dari permasalahan yang da diselesaikan awal-awalnya namun ada pihak yang tidak berpuas hati terus menerus melibatkan segelintir pihak dalam permasalahan beliau...

Aku cukup rasa terkilan.. bila aku yang tidak tak tahu menahu dibagi tahu tentang sesuatu yang sepatutnya aku tidak patut tahu.. tapi atas dasar aku hormat kat privacy orang lain.. aku berdiam.. aku cuba berfikiran sehabis positif kerana bila aku berfikiran negatif maka atom-atom dan zarah di dalam pembuluh darah aku akan pecah dan membuatkan aku naik hangin.. ini tidak baik bagi kesihatan aku.. lagi-lagi pada cuaca panas diluar sana..

Dalam isu semasa aku tidak lah memainkan peranan yang penting dalam sesi perbincangan tersebut.. seolah-olah itu bukan masalah aku.. bukan aku tidak mahu turut serta cuma aku tak tahu kenapa aku tidak mahu berbincang... malas.. terkilan.. takut harapan musnah.. dan punah semua nya ada..

Cuma satu aku nak pesan.. apabila berbincang pastikan orang-orang yang kamu bawak berbincang adalah orang yang boleh menyimpan rahsia.. maksud aku simpan rahsia ialah.. orang yang boleh kunci sehabisnya masalah kamu.. tidak bercerita pada orang lain.. sehabis daya berfikiran positif.. tidak mudah melatah.. tidak mudah naik hangin apabila diacah dengan tanggapan dan pandangan yang negatif.. paling penting beliau bukan jenis pelaga.

Kepada pihak yang bercadang nak berbincang tolonglah pastikan anda tu bersikap adil..
tolonglah bersikap terbuka.. sanggup mendengar.. maaf kali ni aku tak nampak apa point kamu...


rasa da panjang berjela aku type.. mungkin ada yang da bosan.. ok lah aku cuma nak pesan.. hormat dan menghormati tu penting.. bila ajak berbincang datang dengan mode berbincang... kesabaran tu penting.. walaupun ada pihak tidak menepati janji... seperti lambat dan lambat..
papahal selagi boleh berbincang kita bincang.


Photobucket
Apabila ada masalah janganlah cuba mengambil bahan-bahan terlarang.