Thursday, May 5, 2011

Lupa dan Nyanyuk.

Lupa dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya.

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa paling kerap dialami individu ialah:

1. Lupa secara spontan

Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.

2. Sindrom otak pasca traumatik

Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya.

3. Sindrom otak organik

Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak.

DIAGNOSIS/ PEMERIKSAAN

PESAKIT akan di berikan soalan soal selidik oleh pakar psikologi mengenai maklumat yang pernah mereka lalui bagi mengenal pasti tahap mental secara umum, jenis dan tahap penyakit yang dialami. Bagi pesakit yang sering terlupa kerana lalai, pakar psikologi akan mengadakan terapi psiko kerohanian kepada pesakit untuk membantu mereka menenangkan akal fikiran dan melatih diri menggunakan buku nota atau diari bagi menge- lakkan terlalu kerap terlupa.

PEMAKANAN UNTUK OTAK SIHAT

SEJUMLAH 5 hingga 15% individu berusia melampaui 65 tahun mengalami kekurangan vitamin B12 yang penting untuk otak. Kekurangan ini kerap ditemui dikalangan pengamal maun atau hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah di dalam tulang sum sum.

Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan.

Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan bijirin.

TANDA-TANDA

1. Hilang daya ingatan/lupa

Pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang baru berlaku (lost of recent memory). Contohnya seperti lupa menu sarapan pagi yang dimakannya dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka masih ingat peristiwa atau perkara lama seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Namun, ingatan ini juga lama-kelamaan akan hilang dari ingatannya.

2. Fungsi otak merosot

Kemudian satu persatu fungsi otak merosot menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan lemah di kaki, daya makan dan menelan turut terganggu. Pesakit juga tidak mampu lagi mengawal pundi kencing dan pembuangan air besar menyebabkan mereka membuang air di merata-rata tempat. Pengeluaran najis juga tidak dapat dikawal dan keluar tanpa pengetahuan pesakit.

3. Hilang rasa malu

Pesakit juga tidak merasa malu berbogel di khalayak ramai atau di kalangan ahli keluarga. Mereka juga tidak segan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh atau berbincang mengenai topik-topik yang memalukan.

4. Hilang kebolehan asas

Mereka juga mula hilang pengetahuan asas seperti mengira, pengetahuan am lain seperti tidak dapat mengenali ahli keluarga yang biasa dilihat atau selalu dilihatnya seperti anak, cucu dan saudara mara lain.

Percakapan juga menjadi semakin sukar dan tahap kefahaman juga amat lemah. Ini adalah sebahagian tanda-tanda nyanyuk di peringkat yang teruk. "Tanda-tanda sama ada seseorang individu itu mengalami dimentia atau hanya penyakit lupa yang biasa dapat dikesan melalui ujian psikologi yang dilakukan. Pesakit akan menjalani ujian fungsi korteks yang diseragamkan di seluruh dunia seperti mengatur kiub, ujian ingatan dan pemeriksaan mata. Pada peringkat awal, doktor akan menjalankan ujian tahap kecerdasan otak.

Ujian scan otak (CT) boleh mengenalpasti sama ada otak mula mengecut atau sebaliknya. Ujian EEG juga kadangkala dilakukan bagi merakam gelombang otak. Gelombang otak yang hilang menunjukkan tanda-tanda dimentia. Tahap vitamin B12 dalam darah juga diukur. Jika ia kurang, maka pesakit akan diberikan suntikan yang mengandungi vitamin ini agar mereka boleh mengingat semula

No comments: