Aku tahu korang power main Angry Bird. Semua stage korang dapat 3 bintang. Tapi apalah gunanya power bermain AngryBird kalo sepak bola pon terkangkang-kangkang
Friday, November 25, 2011
Budaya-Budaya Bola Sepak Petang-Petang Yang Membuatkan Bola Malaysia Menjadi Bangang.
1. Turun petang-petang nak pakai full-suit Chelsea. Tapi, main bangang jugak macam mamat tenuk angkasa ni. Tu tak termasuk lagi pakai boot mahal 6 stud tapi main dekat padang kebun sawit atau sawah padi.
2. Main bola gol kecil. Tanpa penjaga gol. Lepas tu bila friendly, sepak bola tak nampak tiang gol.
3. Masing-masing nak ngelak jadi penjaga gol. Apasal ntah. Takut bola laju katanya. Ooo, bola laju.
4. Tak boleh nak body-contact sikit. Mesti nak mengamuk. Tak boleh jentik sikit, nanti adalah yang cakap tak semangat kesukanan lah, tak sokong lah, apalah. Boleh blah lah.
5. Terlalu berfutsal sangat. Asal ajak main padang, bagi alasan takde boot. Kalau dah selalu berfutsal, bila lari keliling padang 8 round keluar lidah unta. Orang suruh change side. Dia sepak bola tak sampai setengah padang. Lepas tu senyum macam tak buat salah.
6. Main bola di padang tapi pakai bola saiz 4. Ni lagi satu kes bangang tak ingat. Lepas ni penutup botol dengan tin coke pun boleh jadi bola agaknya.
7. Main macam anak ayam. Bola ke kiri, semua ke kiri, bola ke kanan semua ke kanan. Semua keliling bola. Lepas tu bila dah penat, ajak main galah panjang. Jadah.
8. Tidak kenal potensi diri dalam posisi permainan. Lebih sesuai main defend, tapi mengada nak main flanker. Lebih sesuai jadi budak milo, tapi nak jadi coach. Tengkorak kau.
9. Amalan gaya bola England yang keterlaluan. Suka sangat main long-pass berbanding passing set-piece yang mudah. Bila kejar tercungap-cungap. Tak dapat, tunjuk tanda bagus. Yang tukang hantar kata winger tak kuat lari. Yang winger kata macam nak mati kejar bola macam ni.
10. Main padang kecil. Tapi sepak bola kalah padang Wembley. Bila sepak, melambung entah ke mana masuk semak. Tergendala 15 minit sebab nak cari bola dalam longkang.
11. Degil. Jenis striker degil. Dah tahu 5 match sebelum ni tak perform-perform. Nak jugak jadi striker. Tahan maki punya ini orang.
12. Tamak. Suka solo tapi langsung takde hasil. Gentel-gentel, sangkut. Gentel-gentel, sangkut. Dah lah sangkut, pemalas nak kejar balik. Apa pun tak boleh.
13. Orang lain main bola pakai kasut. Kau sorang main kaki ayam. Kau ingat kau adik-beradik Bonai?
Subscribe to:
Posts (Atom)