Wednesday, August 29, 2012
Botol Air
Bukan nak cakap fans kelantan je yang suka buat kerja macam ni,fans negeri lain pun ada gak yang buat benda macam ni.
Cuma gua ada 3 idea keselamatan je nak elakkan benda macam ni dari berlaku.
1.Ketatkan kawalan kat pintu masuk,kalau boleh letakkan anjing pengesan kat pintu masuk bagi mengesan kemasukan mercun ke dalam stadium,biar anjing tu gigit orang yang bawak mercun tu.
2.Penjual air,suruh je diorang jual air dalam cup kertas tapi size besar,ais tu kasi blender halus-halus,gua cakap terus teranglah,kalau botol air diharamkan tapi ais besar 50 sen pun tetap haram jadah,siap cawan dengan ais dengan air diorang boleh baling,kalau kena kat player takpe,ni kena kat geng penonton juga,lagi lahabau kalau yang baling kat tingkat atas,nak kejar memang tak dapatlah.
*benda ni kerap berlaku kt stadium tempat gua*
3.Ni idea merepek.
Letak jaring bagi nampak dalam sangkar dan letak komando 5 orang kat setiap pintu,kalau boleh ada cctv siap dengan robot yang ada tembakan laser,pastu letak sniper kat setiap penjuru stadium,peluru tukar dengan ubat pelali,biar yang baling membaling tu pengsan dan senang kena tangkap. hehehehe toksah ikutlah ye.
#Presiden FAM sila letak jawatan.
Asaskan diri.
Di dalam dunia maya,
anda bukan bertutur dengan mulut,
tapi anda bertutur dengan hati.
Anda membaca bukan dengan bibir,
tetapi anda membaca dengan hati.
-Kita sering tersalah menafsir apa yang orang lain cuba sampaikan, sering sahaja berlaku pergaduhan kerana sifat kita yang cepat panas dan cepat bertindak.
-Kita juga boleh dikatakan pemalas kerana malas berfikir dengan lebih mendalam untuk memahami perihal artikel dan post yang cuba disampaikan oleh penulis.
-Jika penulisan seseorang pun kita tak dapat memahami,jangan cerita kita dah boleh baca pemikiran penulis itu.
#tak faham tanya,jangan hentam sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)