Siri MD bercakap dengan JK bahagian 1.
MD : Banyak gak ye orang-orang kampung pasang bendera, tapi aku salute lah, walaupun lain idealogi dan fahaman tapi bendera masih terpacak sebelah-sebelah, tak cabut mencabut, kira parti dan semua penyokong sekarang dah bertambah matang.
JK : Ehh kau sape nak cerita pasal politik?, kau ada ijazah ke dalam bidang politik ni?.
MD : Ijazah tu tak adalah, tapi aku ada mata untuk melihat dan akal untuk menilai, lagipun bendera-bendera tu ada depan mata kitakan?.
JK : Kau ingat dengan mata dan akal tu boleh buat orang percaya dengan apa yang kau kata?.
MD : Tapi aku bercakap berdasarkan fakta, kau sendiri nampak.
JK : Apa kau ingat fakta tu cukup?, budak tadika pun boleh bagi fakta tapi ada ke orang dewasa percaya bila budak tadika bercakap pasal politik?.
MD : Ye ke, terima kasihlah atas penilaian kau, kalau macam tu kau tak payahlah nak berpolitik juga, bukan je la baju kau tu.
JK : Apasal?.
MD : Macam manalah kau boleh terjebak dan nak nasihatkan aku tentang politik sedangkan kau sendiri pun tak ada ijazah dalam bidang politik, buat malu je lah kau ni.
JK : .......