Sunday, July 17, 2011

MAKCIK gila glamer. :o


Makcik nak tumbuk Anwar Ibrahim..

"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia, " kata Kamariya Rejab, 59, yang kecewa majlis perkahwinan anak tunggalnya kurang menerima kehadiran jemputan kononnya kerana Himpunan Aman Bersih 2.0, Sabtu lepas.

Sambil menyalahkan Anwar kerana Himpunan itu, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian untuk menyaman penganjur himpunan kerana kerugian RM45,000 ekoran kurang tetamu hadir.

Daripada 3,000 tetamu jemputan, hanya 1,000 orang hadir, maka rugi lah..., katanya yang mengadakan kenduri anaknya Rehan Jaharudin, 29, dengan Dzulfikar Mahtar, 29, di Desa Pandan, Kampung Pandan.

"Ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan," katanya.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, sedih kerana hanya jiran di Desa Pandan yang datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu," katanya yang jelas tidak redha dengan apa yang berlaku.

BERSIH pada hakikatnya telah rencanakan lebih enam bulan lepas.

Komen aku :-
Come on la makcik wei.. walaupun saya ni bukan kaki ampu politik.. seorang bersikap duduk atas pagar.. dan tidak mencampuri urusan politik lain.. tapi bila melihat gelagat mu.. saya terdetik nak bertanya apa yang didalam pemikiran mu?.. kalau da orang tak datang kenduri tu pi lantak dia la... yang makcik ni nak salahkan orang lain kenapa?.. pastu nak bercerita kos kenduri kat orang ramai...

makcik ni berniaga ka?.. makcik ohh makcik.. islam tu da mengajar kita erti berserderhana... bukan menunjuk-nunjuk..
hakikat sudah diberitahu lama tentang perhimpunan tersebut.. sepatutnya makcik sudah bersedia.. untuk mengelakkan bertembung dengan hari tersebut.. tapi makcik buat gk?..
lagipun bgi sy jalan sesak kat KL cuma sampai hari sabtu je.. ahad da lengang.. takkan tak boleh buat kenduri hari ahad kot?...
jadi sekarang salah siapa?.. ada otak pikirkan elok-elok yer...
itu terpulanglah pada makcik.. nak tumbuk anwar ibrahim atau tidak.. kalau tumbuk bawak media sekali.. makcik kn gila glamer.. ok la selamat maju jaya...