Thursday, May 26, 2011

ada FOLLOW... tak ada.. taknak FOLLOW!!...

Entry kali ni aku nak citer tentang manusia yang seakan BUDIMAN.. maksud seakan tu belum atau hampir jadi... macam teori evolusi... yang si darwin citer kt seluruh umat manusia...
tapi ni terjadi kat kawan-kawan aku sendiri... dulu seblum kenal perempuan/wedok dan kodok ajak kuar senang je.. sekarang kalau diajak.. huhuhuhu susah... T_T

Korang mesti pernah rasakan.. kalau korang ajak kawan korang dari kategori diatas time keluar macam gi tengok wayang.. makan luar... dan berjalan-jalan.. mesti diorang akan tanya soalan macam ni...

"tak de pompuan ke bro?"

"huhh.. dengan ko bro?"

"pe barang jalan dengan batang.. x musim la"

"Karok tak de wedok tak best la macam ni"..

"makan tak de kodok tak kenyanglah bro"...

"tengok wayang dengan laki tak feel arr"...

"Perempuan berapa orang yg follow?"<--- ingat aku tokan perempuan ke???? grrrrr

ni je yang aku dapat ingat.. tapi banyak lagi alasan pasal takde "Perempuan" taknak ikut..

Photobucket

Pendapat aku:-

Kita sebagai lelaki takkan setiap masa nak keluar kena ada perempuan... what eve la.. cuba kalau difikirkan tak akan la nak gi medang... nak kena ada perempuan... contoh minum pagi... urgghh.. pelik la kan.. semata-mata tak de perempuan.. x nk follow.. nanti makan tak kenyang... x habis katanya... habis tu yg ko makan kt rumah bujang.. mengadap orang lelaki je tu "APA BENDA?"... dengan nasi aku ko bedal.. berselera gak... ggggrrrrr

Sebagai lelaki aku nak pesan.. tak salah kalau nak keluar ada perempuan ke tak.. tapi pikir la waktu yang sesuai.. jangan nak melalut.. dah la time kuar harapkan awek orang lain follow.. bodohkan?... of coz la... baru-baru memang la best.. ada perempuan lama-lama korang akan rasa BORING~ pasal tu awek orang BRO~.. hahahaha

so ni last kopek dari aku..
"bro aku tau ko x de wet.. aku nk belanja sarapan tadi... tapi da ko sombong.. x pe la"...

Photobucket
Aku tau ko online.. kalau ko baca ko da rugi 5minit.. dan rugi nasi lemak ayam dan milo ais.. HEHEHE

Wednesday, May 25, 2011

Ko perlu tahu!!!

Entry kali ni aku nak cerita pasal orang yang suka sibuk.. atau busy body... sifat yang suka jaga tepi kain orang lain.. tapi biasa kita dengar... orang amik tau pasal kita citer kt orang lain.. tapi kali ni orang meroyan tau hal kita da settle sibuk mcm dia disisihkan.. urggg....

ceritanye macam ni:-
Setiap masalah yg datang aku akan sedaya upaya selesaikan.. cuma yang berat2 mungkin aku akan berkongsi dengan orang lain.. tapi hanya orang-orang tertentu.. maksud aku pakar... pakar yang aku pilih bukan sebarangan orang...

contoh:-
Masalah keluarga - aku cari salah sorang ahli keluarga.. sepupu ke.. sepapat ke...
Masalah kerja - aku cari member2 keje la...
Masalah CINTA - Aku cari Pakar cinta...
Masalah Persahabatan - Aku cari yang betul2 aku percaya..
Masalah duit - aku cari orang banyak duit... HEHEHEHE

Masalahnya:-
Kalau tetiba ada orang lain yang sibuk2.. (orang rapat dengan kita)... kononnye sudi nk tolong.. nk tau masalah kita.. padahal benda da settle... meroyan kat SMS.. kat facebook.. cakap kenapa tak kongsi dengan aku.. pastu cakap "ko x caya kat aku ke?" pastu MERAJUK zzzzzzzzz

Tindakan aku:-
Aku cuma akan cakap... YOU KNOW YOU ROLE AND SHUT UP!!!!

tapi kalau still bebel lgi aku akan terangkan macam ni je...

Aku tak suka susahkan orang lain... untung2 ko tak terlibat dengan masalah aku!!... what the hell la.. ko jgn nk merajuk dengan aku boleh tak????...

Bukan semua masalah aku.. ko perlu tahu...
Bukan semua benda yang berlaku kat aku.. ko perlu tahu..
Bukan semua perkara terjadi kat aku.. ko perlu tahu..
Last kopek ni.. ko kena pointkan kat dahi ko!!....

Takkan masalah SEMBELIT pun ko nak tau!!!!!!!!!!!!!!!!!! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Photobucket




Wednesday, May 18, 2011

Tak suka beli surat khabar.

Sebab kenapa aku tak beli surat khabar
  1. Warna kurang jelas/kabur dan berlapis.
  2. Kertas berbau hanyir.
  3. Banyak iklan daripada cerita.
  4. Kajian cerita tidak memuaskan.
  5. Surat khabar untuk sesetengah pihak.
  6. Bersepah.. "aku x pandai pegang surat khabar"..
  7. jimat duit.. baik baca online.. hehehehe
  8. beli mahal.. jualnya murah... hehehehe
Photobucket
Pic x de kaitan dengan entry.. cuma nk bagi tau ri ni besday gayoon(4minute) happy besday sayang...


Friday, May 6, 2011

Ibu dan Facebook.

Entry kali ni aku nak citer pengalaman aku masa lepak cc tengah hari tadi...

Citernye macam ni:-

Sebelum solat jumaat aku lepak cc jap... nak salin fail-fail game.. maklumlah pc baru pas format semua benda hilang.. ok kt sebelah aku ada sorang budak pompuan... alah dalam lingkungan form 1 atau 2... macam mana aku boleh cam?.. of coz la dia pakai baju sekolah... HE HE HE

Dipendekkan cerita time budak tu lepak.. mak dia datang... sekali datang suh balik.. tetap dak tu degil duk gak kt situ.. benda da syok.. entah layan balak mana aku pun tak tau... tapi masuk kali ke 2 mak dia suh balik.. tetiba mak dia boleh cakap ayat yang wat aku touching giler...

"Suruh mengaji tak nak mengaji.. nanti kalau mak meninggal baca la facebook tu..."

Opsss... entah la.. rasa mcm masa berhenti je kat situ... mcm2 benda keluar dari pala otak aku.. ada yang positif ada gak yang negatif...
Pedoman yang aku dapat:-
  1. Aku insaf kejap.. tetiba teringat kat mak aku..
  2. Bersyukur pasal mak aku tak pernah cakap kat aku macam tu..
  3. Aku olahkan kata-kata makcik tu.. da ku ukir kat blog ni...
  4. kalau diikutkan apa kata makcik tu.. perbuatan kita wish kat facebook.. blog.. twitter.. dan myspace pun da macam kita baca doa guna facebook.. lagipun kebanyakkan ibu-ibu tak de facebook.. depa tak baca semua tu.. apa salahnya kalau kita wish depan2... bagi hadiah.. sejuk hati depa... tau.. tak de wet pun lepak2 dengan depa sejam 2 kat umah.. tanya khabar pun da ok... ^^
  5. kalau jauh.. call la.. x kn call bf dgn gf boleh berjam2 dengan ibu kita 5minit je?.. up sikit.. up sikit sejam 2... hahahaha
Photobucket

haaa pe lagi tercegat baca blog ni... gi la jumpa ibu kita.. nyanyi lagi lady gaga.. mama~mama~mama~ macam Matluthfi90... hahahah

Thursday, May 5, 2011

Lupa dan Nyanyuk.

Lupa dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya.

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa paling kerap dialami individu ialah:

1. Lupa secara spontan

Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.

2. Sindrom otak pasca traumatik

Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya.

3. Sindrom otak organik

Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak.

DIAGNOSIS/ PEMERIKSAAN

PESAKIT akan di berikan soalan soal selidik oleh pakar psikologi mengenai maklumat yang pernah mereka lalui bagi mengenal pasti tahap mental secara umum, jenis dan tahap penyakit yang dialami. Bagi pesakit yang sering terlupa kerana lalai, pakar psikologi akan mengadakan terapi psiko kerohanian kepada pesakit untuk membantu mereka menenangkan akal fikiran dan melatih diri menggunakan buku nota atau diari bagi menge- lakkan terlalu kerap terlupa.

PEMAKANAN UNTUK OTAK SIHAT

SEJUMLAH 5 hingga 15% individu berusia melampaui 65 tahun mengalami kekurangan vitamin B12 yang penting untuk otak. Kekurangan ini kerap ditemui dikalangan pengamal maun atau hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah di dalam tulang sum sum.

Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan.

Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan bijirin.

TANDA-TANDA

1. Hilang daya ingatan/lupa

Pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang baru berlaku (lost of recent memory). Contohnya seperti lupa menu sarapan pagi yang dimakannya dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka masih ingat peristiwa atau perkara lama seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Namun, ingatan ini juga lama-kelamaan akan hilang dari ingatannya.

2. Fungsi otak merosot

Kemudian satu persatu fungsi otak merosot menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan lemah di kaki, daya makan dan menelan turut terganggu. Pesakit juga tidak mampu lagi mengawal pundi kencing dan pembuangan air besar menyebabkan mereka membuang air di merata-rata tempat. Pengeluaran najis juga tidak dapat dikawal dan keluar tanpa pengetahuan pesakit.

3. Hilang rasa malu

Pesakit juga tidak merasa malu berbogel di khalayak ramai atau di kalangan ahli keluarga. Mereka juga tidak segan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh atau berbincang mengenai topik-topik yang memalukan.

4. Hilang kebolehan asas

Mereka juga mula hilang pengetahuan asas seperti mengira, pengetahuan am lain seperti tidak dapat mengenali ahli keluarga yang biasa dilihat atau selalu dilihatnya seperti anak, cucu dan saudara mara lain.

Percakapan juga menjadi semakin sukar dan tahap kefahaman juga amat lemah. Ini adalah sebahagian tanda-tanda nyanyuk di peringkat yang teruk. "Tanda-tanda sama ada seseorang individu itu mengalami dimentia atau hanya penyakit lupa yang biasa dapat dikesan melalui ujian psikologi yang dilakukan. Pesakit akan menjalani ujian fungsi korteks yang diseragamkan di seluruh dunia seperti mengatur kiub, ujian ingatan dan pemeriksaan mata. Pada peringkat awal, doktor akan menjalankan ujian tahap kecerdasan otak.

Ujian scan otak (CT) boleh mengenalpasti sama ada otak mula mengecut atau sebaliknya. Ujian EEG juga kadangkala dilakukan bagi merakam gelombang otak. Gelombang otak yang hilang menunjukkan tanda-tanda dimentia. Tahap vitamin B12 dalam darah juga diukur. Jika ia kurang, maka pesakit akan diberikan suntikan yang mengandungi vitamin ini agar mereka boleh mengingat semula

Wednesday, May 4, 2011

Lupa.

Entry kali ni aku nak citer pe terjadi kat aku pagi tadi...

  1. 11:40pm-2:30am:- Biasa pas balik keje dari shift petang aku akan tidur lewat dalam kul 2 lebih.. apa aku buat??.. tengok Anime.. atau movie yang aku download.. facebook.. dan main game.. (bola x tengok hahaha)
  2. 2:30am-5:55am:-Tidur.. zzzzzzzz
  3. 6:00am-6:30am:-Solat subuh.. pastu ngeteh sat...
  4. 6:30am-7:30am:-tertidur sat.. gerimis plak tu... sejukkkk.... (mimpi tengah wat keje.. keje bertimbun)
  5. 7:35am-7:45am:-terjaga tetiba.. dan tengok jam dah pukul 7:35am... omg... da terlambat gi keje.. dengan mulut membebel... konon nak salahkan jam.. padahal tadi da bangun.. siap ngeteh lagi... dalam bilik air asyik pikir apa alasan aku patut bgi kt supervisor aku... hurmmm.. tengah pening.. kalau bgi alasan nak kena logik.. kalau boleh sampai dia rasa cerita aku logik... so ngaku je la aku bangun lambat.. bkn selalu pun??.. hahaha...
  6. 7:45am-8:00am:-tengok cuaca kat luar pun tak mengizinkan... ohh.. hujan... so aku start keter je... kena tunggu 5 minit.. panaskan enjin.. gi keje tak boleh rush-rush.. hati tak tenang.. lagipun aku da tau.. kat Hamzah Alang mesti JEM... plak tu time hujan... da habis 5 minit.. aku terus masuk gear.. keluar ke jalan kopi... dan ermmm... mak aku call...
Mak:Along.. ko kat mana?.. kuar gi beli sarapan ke?... ni wallet ko tertinggal...

Aku:wallet tu simpan dululah.. ermm tak lah.. nak gi keje ni... otw.. jem plak...

Mak:ohh ko OT ke?..

Aku:OT?...(termenung sejenak.. aku ni mana suka OT... ermmm)

Mak:ko kan keje petang... kalau masuk pagi mesti lah gi OT... ke kau tukar shift?... atau Shift tersalah?.. hahaha(mak aku gelakkan aku)...

Aku:Yer la... hahahah...(terus putuskan talian)...
Photobucket

Bingai plak rasanya... bila aku terlupa yang aku keje petang minggu ni.. hargggg... nak tak nak aku kena patah balik je.. sesampai kt rumah da kena gelak.. huhuhu... tapi tak pe.. aku bole sambung tidur.. selamat malam semua... HE HE HE HE




Sunday, May 1, 2011

Puyol asal Malaysia.

Pepagi aku dapat email best.. khas untuk peminat Barcalona... kalau korang x caya korg tgok arr gambar ni.. sama x?.. hahaha
Photobucket

Jangan Marah.. hehehe