Friday, July 29, 2011

Iklan CUSTOMER FIRST.


hahahaha susah nak tutup tv mcm ni...

Thursday, July 28, 2011

Ulat yang BURUK perangai.

Malam ni pukul 8:45pm akan berlangsung perlawanan timbang balik kelayakan piala dunia diantara MALAYSIA dan SINGAPURA.
Tiket dah habis.. SOLD OUT.. tapi tahukah kebanyakkan tiket yang sold out tu bukan dibeli oleh orang yang sepatutnya?.. tetapi dibeli oleh ULAT.. atau kata lainnya AGEN.
Apa tu Ulat?.. ulat ni seperti virus pelancauuu.. yang bau dia macam taik ayam dan mempunyai hati yang busuk makan duit atas angin dari kesempitan orang lain.
Mesti korang terkejutkan bila harga tiket perlawanan RM30 menjadi RM70?.. WTF 2 kali ganda..

Photobucket

itu belum kira ada yang letak harga sampai RM300... huhuhuhu kejikan diorang ni?..
dengan ni aku nasihatkan kepada sesiapa yang tak dapat beli tiket secara sah.. jangan rasa terdesak untuk membeli tiket dari ulat.. kalau bole biar ulat tu mampus dengan tiket dia...
*ko makan tiket ko tu.. makan-makan* hahahahaha

last sekali ni 1 hal gak.. jangan beli tiket bersepah... tiket murah... ditakuti tiket tu palsu..
senang citer takde tiket duk kat mapley.. warung kopi.. kedai makcik.. pakcik.. minang.. padang.. mamak... bah kut teh.. medan selera... dan kalau takde ongkos.. tengok kat rumah secara live..

Wednesday, July 27, 2011

Teknik Download Limit User.

Salam.. dan selamat pagi...
Entri kali ni aku nak tunjukkan cara aku download dari file-file hosting yang ada limit user kepada no limit user.

Photobucket

Bahan2 :-
1.Auto Hide IP :-Download kat sini yer...
2.IDM :- Download kat sini gak...
*idm crack version korang boleh cari kat sini atau kat sini gak*
3.Browser :- Gunakan brower yang IDM boleh support.

Cara-cara :-
1.Adakan bahan-bahan diatas.

2.Install.
*Pada file Auto Hide IP ada crack version sila ikut arahan kat situ.*

3:-Bila da siap kesemuanya.. tolong restart pc/lappy anda.. bagi refresh

4.:-Siap restart... korang disyorkan gi mandi dulu...

5:-Buka browser.. cari link yang korang nak download.. misalnya filehosting..

6:-On kan Auto Hide IP..
*Ip korang masih ip malaysia?.. biarkan dulu*

7:- Teruskan Download file pertama tu..

8:-Masa tengah mendownload.. korang FAKEkan IP korang ke negara lain..
Misalnya Singapura..

Photobucket

9:-Buka lagi link untuk file seterusnya dan korang dapat lihat limit user tiada lagi...
tapi kalau masih ada limit lagi.. korang digalakan tukar ip ke negara lain.. banyak negara kat situ.. cukup untuk 30 file didownload serentak.. :P

Info++++:-
Setiap kali korang nak download korang kena gak tukar ip berselang seli...


*Kalau tak boleh.. mati kan modem.. on kan balik sudah.. cukup 100x.. meletup.. wakakakaka*




Tuesday, July 26, 2011

Hot

Photobucket

"Yang Cantik tak akan selamanya Cantik.. Yang kekal cantik adalah peribadi,iman dan akhlak kita"

Demokrasi

Maksud DEMOKRASI.

Demokrasi sebenarnya adalah racun sepertimana Sosialisme.Nampak macam bagus segala kekayaan negara diagihkan samarata kepada RAKYAT.Tiada Kapitalisme lagi.

Ini bermakna kerajaan Sosialisme atau Komunisme akan menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.Tetapi hakikatnya negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara,penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia.Adakah Demokarasi itu betul-betul adil?Tidak.

Maksud adil dalam demokrasi bahagi samarata.Tetapi dalam islam adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Jika dalam pembahagian harta.Dalam Islampembahagian harta tidak dibahagikan samarata antara anak lelaki dan perempuan.Anak lelaki akan dapat lebih daripada anak perempuan.Itu cara islam.Manakala,jika mengikut sistem Demokrasi pembahagian harta akan dibuat samarata antara anak lelaki dan perempuan.Nampak maksud adil secara Islam dan adil secara Demokrasi?

Ini kerana Demokrasi adalah dicipta oleh manusia iaitu bangsa yahudi bukannyaAllah.Allah telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu ikut.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

Didalam Demokrasi akan diadakan pilihanraya untuk memilih pemimpin mereka.Rakyat akan keluar mengundi untuk memilih siapa ketua kerajaannya melalui politik.Siapa pemimpin politik yang paling banyak mendapat UNDI dialah Juara Demokrasi.

Tetapi dalam sistem Islam,secara ringkasnya,kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura.Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai,alim ulama,mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai.Syura bukanlah kerajaan,tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan.Jadi nampak di sini,bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis.Orang bijak yang memilih kerajaan,bukan majoriti.

Ini adalah sistem Islam.Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.Ketika nabi wafat,para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya.Mereka tidak menubuhkan parti.Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan.Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.

Bagi aku walaupun aku sebagai rakyat malaysia yang beridentitikan malaysia duduk dimalaysia. dan malaysia itu negara demokrasi.tetapi aku tidak menyokong sistem tersebut kerana sistem itu tidak seimbang dan tidak releven lagi dimalaysia.Oleh itu aku sudah tekad untuk tidak turun mengundi masa pilihan raya nanti.

Sunday, July 17, 2011

MAKCIK gila glamer. :o


Makcik nak tumbuk Anwar Ibrahim..

"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia, " kata Kamariya Rejab, 59, yang kecewa majlis perkahwinan anak tunggalnya kurang menerima kehadiran jemputan kononnya kerana Himpunan Aman Bersih 2.0, Sabtu lepas.

Sambil menyalahkan Anwar kerana Himpunan itu, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian untuk menyaman penganjur himpunan kerana kerugian RM45,000 ekoran kurang tetamu hadir.

Daripada 3,000 tetamu jemputan, hanya 1,000 orang hadir, maka rugi lah..., katanya yang mengadakan kenduri anaknya Rehan Jaharudin, 29, dengan Dzulfikar Mahtar, 29, di Desa Pandan, Kampung Pandan.

"Ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan," katanya.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, sedih kerana hanya jiran di Desa Pandan yang datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu," katanya yang jelas tidak redha dengan apa yang berlaku.

BERSIH pada hakikatnya telah rencanakan lebih enam bulan lepas.

Komen aku :-
Come on la makcik wei.. walaupun saya ni bukan kaki ampu politik.. seorang bersikap duduk atas pagar.. dan tidak mencampuri urusan politik lain.. tapi bila melihat gelagat mu.. saya terdetik nak bertanya apa yang didalam pemikiran mu?.. kalau da orang tak datang kenduri tu pi lantak dia la... yang makcik ni nak salahkan orang lain kenapa?.. pastu nak bercerita kos kenduri kat orang ramai...

makcik ni berniaga ka?.. makcik ohh makcik.. islam tu da mengajar kita erti berserderhana... bukan menunjuk-nunjuk..
hakikat sudah diberitahu lama tentang perhimpunan tersebut.. sepatutnya makcik sudah bersedia.. untuk mengelakkan bertembung dengan hari tersebut.. tapi makcik buat gk?..
lagipun bgi sy jalan sesak kat KL cuma sampai hari sabtu je.. ahad da lengang.. takkan tak boleh buat kenduri hari ahad kot?...
jadi sekarang salah siapa?.. ada otak pikirkan elok-elok yer...
itu terpulanglah pada makcik.. nak tumbuk anwar ibrahim atau tidak.. kalau tumbuk bawak media sekali.. makcik kn gila glamer.. ok la selamat maju jaya...

Saturday, July 16, 2011

Patriotik pada bola dan negara.

Photobucket

Pening gak aku nak tulis entri sebegini.. aku ni bukan pakar sangat bab bola sepak apatah lagi bab bola+patriotik.. cuma aku mampu luahkan apa yang aku rasa sekadar pendapat dan komen tentang situasi sekarang.. situasi apa bila aku banyak berdiam dan merayau-rayau dipage orang lain..

Sejak due, tige hari ni sering terbace Artikel, entri blog dan celoteh laman sosial mengenai bende ni. Semangat kebangsaan atau dalam bahase standardnye... Patriotik. Samade aku atau korang, kite adelah rakyat disebuah negare yang bername Malaysia. Sebagai rakyat, cintekan negare tu merupekan bende yang wajib di lakukan oleh kite semua. Ade sape-sape nak bangkang?

Dalam konteks bolasepak pulak, setiap individu mempunyai pasukan Negara masing-masing. Baik Abu, John Smith, Xiao ming, Owidegu dan lain-lain. Aku jugak percaya selain pasukan Negara yang kite sokong, kite juge menyokong pasukan lain. Dari pasukan Negeri, kelab tempatan mahupun kelab Seantero dunia. Bende ni Normal, aku sendiri ade kelab Luar yang aku sokong. Serius!!

Bagi aku, ini adelah Krisis dalaman. Krisis dalaman bagi seseorang yang mencintai bolasepak akan berlaku, apabila Pasukan Negara yang dicintai bertemu dengan kelab yang disanjung. Krisis ni datangnye dari diri korang sendiri dan hanye korang saje yang boleh mengatasinye. Jangan sesekali membiarkan krisis ni menguasai diri. Bile bende ni dah jadi, memang parah....

Kene pandai managelah... Dahulukan ape yang patut didahulukan dan kemudiankan ape yang tak patut. Segalenye terpulang pade individu. Kite menjadi Rakyat Malaysia dari dalam perut ibu dan sampai ke mati, jike tak tukar warganegaralah. Bagi aku, ape yang korang buat... fikirlah baik, buruk dan jangan sampai mengguris hati sesetengah pihak. Sentiaselah berserdehane dalam Kehidupan... tak salahkan?..

Bak kata pepatah.. kata dulang paku lebih.. kata orang dia lebih..