Saturday, December 3, 2011

Siapa Kisahkan KITA?...

Pernyataan :-
Dri dlu,malaysia mmg d'kuasai UMNO..tp,knp org2 melayu xpnh pk?tol x?nenk moyng kte dri dlu pn sek krjaan..tp,knp kte nk skong PARTI PEMBANGKANG?pk la..KERAJAAN,da mmbntu korng..sek rendah pn kt sek KERAJAAN..pas2,nk sokong PARTI PEMBANGKANG..KACANG LUPEKN KULIT,sdar la whai mlayu..kte da d'jjh dgn org asing..

Pendapat aku:-
Ye memang betul negara kita sudah lama dikuasai oleh umno.. umno sudah banyak berjasa dengan kita.. umno yang memerdakan kita.. umno yang beri pelajaran.. tapi adakah dengan segala budi kita kena mengenang jasa umno sepanjang usia?..

Adakah umno sebuah parti yang hebat tanpa mic atau mca?.. jangan lupa yang umno takkan kuat tanpa mic dan mca.. diorang tu ibarat sebuah parti yang lemah kalau takde gabungan dari 3 suku kaum terbesar dimalaysia.. dari 3 suku kaum tu plak takkan terbentuknya Parti Perikatan atau nama sekarang Barisan Nasional...

Memang betul apa yang kau cakap.. kita sudah termakan budi.. tapi kita janganlah terlalu mendongak kelangit tidak menunduk kebumi.. adakah dengan mengeluarkan pernyataan itu sepanjang hidup kita akan dibantu oleh umno?.. persoalan sekarang kenapa ada orang menyokong pembangkang?..

Setiap pertubuhan tak kira Kerajaan.. ngo dan sektor swasta(pihak KANAN) memerlukan pembangkang (Pihak KIRI).. fungsi pembangkang adalah menegur setiap apa yang dilakukan oleh pihak belah kanan.. kalau takde pembangkang manakan nasib rakyat boleh terbela?...
manakan tahu kerajaan akan kesusahan rakyat marhain pada masa ini... diorang ibarat penyampai..

Pada pendapat saya.. kita janganlah terlampau fanatik bercerita tentang politik sedangkan tidak tahu mana benar dan mana salah..
Ikutlah pepatah dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.. kalau sudah berkerja disektor swasta lagaknya perlu adil.. tidaklah perlu fanatik yang teramat kepada mana2 kompenan politik baik kerajaan mahupun pembangkang..

Soal Kacang Lupakan Kulit dan kita lupa sudah dijajah oleh orang asing sudang diterangkan sendiri oleh UMNO yang mana KITA TIDAK PERNAH DIJAJAH..

"bahawa Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British."
Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling

kalau nak sangat dengan umno apsal tak kerja kerajaan je?.. kerja kilang bawah cina.. buat je la mcm bawah cina. ni tidak.. bukan cina tu heran sangat ko ni fanatik parti apa.. kalau da cina tu pun tak heran dengan kau.. mesti ko bengang.. dan ko menyumpah seranah kilang.. kerana tidak kisah nasib pekerja mcm ko.. Confirm lambat.. KONONnya.. dah secara AUTOMATIK ko sudah jadi PEMBANGKANG... dan kau lihat situasi kau sekarang.. ada umno nak tolong confirmkan keje ko?... TERBELA?.. Gaji naik?.. ada diorang kisahkan orang melayu yang kerja bawah cina?.. ada??.. ada??.. so baik jadi PEMBANGKANG je..

*AKU TAK PAS dan AKU TAK PKR tapi AKU MASIH PEMBANGKANG*

"BERDIRI ATAS TAPAK KAKI SENDIRI DAN MEMOHON DOA KEPADA ALLAH"

Wednesday, November 30, 2011

Cerita yang dipolitikkan.

Situasi sebenar :Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca menunjukkan kelemahan ADUN pembangkang di tempat kejadian?"

Harakah - "Nenek maut dilanggar beca merupakan kesan kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya."

Harakah Online - "Pemandu beca BN menyebabkan kematian nenek beli ubi"

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti Polis pimpinan kerajaan Malaysia makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenekmati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu matidilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

Samad Gereja : "Penarik beca UMNO melanggar mati nenek yang menuju ke gereja untuk beli ubi"

DUMC - "Majlis tahlil, doa selamat dan makan free mengenang arwah Sister Nenek Ubi malam ini. Umat Islam dijemput hadhir"

Catholic Herald - 'Semoga Allah memberkati roh nenek yang mati dilanggar beca itu.'


Mingguan Wanita - Pesanan terakhir nenek mati dilanggar beca "Saya nak makan ubi".

Suara Keadilan - 'Tiada bukti kesan air mani di dubur seorang nenek sebelum mati dilanggar beca'.

Bersih 1.0 - 'Nenek Ubi yang bakal bocorkan rahsia pengundi hantu, politik wang, SPR rasuah, undi pos tipu, dakwat tak boleh kering, rahsia tarikh PRU13, saluran duit George Soros, penipuan pilihan parti PKR, lokasi jam Omega, nama pelakon wanita China yang terbaik (dalam video) dan 17 perkara lagi, mati dilanggar beca hantu'

Bersih 2.0 - Gas pemedih mata Polis menyebabkan beca melanggar Nenek Ubi yang mati di tempat kejadian.

Star Classified - 'Beca untuk dijual. Masih lasak. Penjual ada bukti kukuh.'

The Rocket - 'Tidak ada komen. Ini kes Melayu sama Melayu'

Karpal Singh - 'Yang Arif, kematian Nenek Ubi amat serius. Kami mohon kes di tunda sebulan"

Malaysia Today - "Pemandu beca berjumpa Najib sehari sebelum menyebabkan kematian Nenek Ubi"

Malaysian Insider - "Kes nenek mati - kroni UMNO terlibat dalam menjual ubi"

Photobucket

*Bilakah media akan bebas dari cerita-cerita berkaitan politik semata-mata??..

Perasan kuat... tapi

Salam..
Entry kali ni nk citerkan pasal Kepoyooan aku.. @@
Aku ni kalau tiba-tiba lah ditemukan dengan hantu.. jembalang iblis dan syaitan.. aku tak lari beb.. aku tak gentar.. pasal apalah sangat dengan benda2 tu..

so kalau aku jumpa memang ni makan dia.. :3


*Tapi perasaan takut aku lebih terhadap Allah. ^^

Tuesday, November 29, 2011

Aku terSENTAPpun dalam hati.


Korang baca dan nilaikan aku dah tersentap je bila baca status budak ni..

Photobucket

T_T

Friday, November 25, 2011

Bunuh BABI dengan bola.


Aku tahu korang power main Angry Bird. Semua stage korang dapat 3 bintang. Tapi apalah gunanya power bermain AngryBird kalo sepak bola pon terkangkang-kangkang

Budaya-Budaya Bola Sepak Petang-Petang Yang Membuatkan Bola Malaysia Menjadi Bangang.

1. Turun petang-petang nak pakai full-suit Chelsea. Tapi, main bangang jugak macam mamat tenuk angkasa ni. Tu tak termasuk lagi pakai boot mahal 6 stud tapi main dekat padang kebun sawit atau sawah padi.

2. Main bola gol kecil. Tanpa penjaga gol. Lepas tu bila friendly, sepak bola tak nampak tiang gol.

3. Masing-masing nak ngelak jadi penjaga gol. Apasal ntah. Takut bola laju katanya. Ooo, bola laju.

4. Tak boleh nak body-contact sikit. Mesti nak mengamuk. Tak boleh jentik sikit, nanti adalah yang cakap tak semangat kesukanan lah, tak sokong lah, apalah. Boleh blah lah.

5. Terlalu berfutsal sangat. Asal ajak main padang, bagi alasan takde boot. Kalau dah selalu berfutsal, bila lari keliling padang 8 round keluar lidah unta. Orang suruh change side. Dia sepak bola tak sampai setengah padang. Lepas tu senyum macam tak buat salah.

6. Main bola di padang tapi pakai bola saiz 4. Ni lagi satu kes bangang tak ingat. Lepas ni penutup botol dengan tin coke pun boleh jadi bola agaknya.

7. Main macam anak ayam. Bola ke kiri, semua ke kiri, bola ke kanan semua ke kanan. Semua keliling bola. Lepas tu bila dah penat, ajak main galah panjang. Jadah.

8. Tidak kenal potensi diri dalam posisi permainan. Lebih sesuai main defend, tapi mengada nak main flanker. Lebih sesuai jadi budak milo, tapi nak jadi coach. Tengkorak kau.

9. Amalan gaya bola England yang keterlaluan. Suka sangat main long-pass berbanding passing set-piece yang mudah. Bila kejar tercungap-cungap. Tak dapat, tunjuk tanda bagus. Yang tukang hantar kata winger tak kuat lari. Yang winger kata macam nak mati kejar bola macam ni.

10. Main padang kecil. Tapi sepak bola kalah padang Wembley. Bila sepak, melambung entah ke mana masuk semak. Tergendala 15 minit sebab nak cari bola dalam longkang.

11. Degil. Jenis striker degil. Dah tahu 5 match sebelum ni tak perform-perform. Nak jugak jadi striker. Tahan maki punya ini orang.

12. Tamak. Suka solo tapi langsung takde hasil. Gentel-gentel, sangkut. Gentel-gentel, sangkut. Dah lah sangkut, pemalas nak kejar balik. Apa pun tak boleh.

13. Orang lain main bola pakai kasut. Kau sorang main kaki ayam. Kau ingat kau adik-beradik Bonai?

Photobucket


Sunday, November 13, 2011

Cerita sit.

Photobucket
Salam.. dan selamat sejahtera..
lama gak aku tak tulis pape kt blog ni..
da seminggu mendiam.. ke dah 2 minggu.. ntah.. hahahaha

Ok la entry kali ni aku cerita pasal sit atau tempat duduk didalam panggung wayang.

Semua orang tau ada sesetengah orang akan mementing keselesaan ketika sedang menonton filem di panggung wayang.. mereka terutamanya golongan-golongan yang sensitif akan memilih tempat duduk mengikut genre movie yang ditonton....

Okey la aku nak cerita area sit yang aku paling tak suka dan aku suka..

1.SIT paling aku tak suka..

Bahagian H :-
paling aku benci.. dan paling aku menyampah.. kalau kt situ kosong pun.. aku takkan beli...
Pasal??.. area H tu kat bawah area couple sit.. bukan aku jeles.. tapi aku menyampah.. diorang yang couple sit tu.. lebih banyak berFILEM atau buat FILEM dari tengok Filem.
pastu bajet tau.. padahal belum tengok lagi.. heehehhe

Bahagian Wing:-
Tiada langsung kepuasan optimum.. mudah mengantuk.. letih oo.. disamping dekat dengan speaker.. pokok dehh...

Couple sit:-
Ni lagi la aku tak suka.. tinggi sangat... sit tu dah la mahal... macam kandang.. buat sakit leher je kalau tengok action movie.. tertunduk last tidur.. tapi kalau ada awek.. of coz buat FILEM lain.. meluat astaga... huhuhu

2.Sit paling aku suka.

Bahagian E-G area tengah2.. lagi best kiri kanan takde orang.. ^^
kalau time gaji memang aku akan beli 3 sit terus.. hehehehe