Tuesday, July 26, 2011

Demokrasi

Maksud DEMOKRASI.

Demokrasi sebenarnya adalah racun sepertimana Sosialisme.Nampak macam bagus segala kekayaan negara diagihkan samarata kepada RAKYAT.Tiada Kapitalisme lagi.

Ini bermakna kerajaan Sosialisme atau Komunisme akan menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.Tetapi hakikatnya negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara,penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia.Adakah Demokarasi itu betul-betul adil?Tidak.

Maksud adil dalam demokrasi bahagi samarata.Tetapi dalam islam adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Jika dalam pembahagian harta.Dalam Islampembahagian harta tidak dibahagikan samarata antara anak lelaki dan perempuan.Anak lelaki akan dapat lebih daripada anak perempuan.Itu cara islam.Manakala,jika mengikut sistem Demokrasi pembahagian harta akan dibuat samarata antara anak lelaki dan perempuan.Nampak maksud adil secara Islam dan adil secara Demokrasi?

Ini kerana Demokrasi adalah dicipta oleh manusia iaitu bangsa yahudi bukannyaAllah.Allah telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu ikut.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

Didalam Demokrasi akan diadakan pilihanraya untuk memilih pemimpin mereka.Rakyat akan keluar mengundi untuk memilih siapa ketua kerajaannya melalui politik.Siapa pemimpin politik yang paling banyak mendapat UNDI dialah Juara Demokrasi.

Tetapi dalam sistem Islam,secara ringkasnya,kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura.Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai,alim ulama,mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai.Syura bukanlah kerajaan,tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan.Jadi nampak di sini,bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis.Orang bijak yang memilih kerajaan,bukan majoriti.

Ini adalah sistem Islam.Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.Ketika nabi wafat,para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya.Mereka tidak menubuhkan parti.Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan.Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.

Bagi aku walaupun aku sebagai rakyat malaysia yang beridentitikan malaysia duduk dimalaysia. dan malaysia itu negara demokrasi.tetapi aku tidak menyokong sistem tersebut kerana sistem itu tidak seimbang dan tidak releven lagi dimalaysia.Oleh itu aku sudah tekad untuk tidak turun mengundi masa pilihan raya nanti.

Sunday, July 17, 2011

MAKCIK gila glamer. :o


Makcik nak tumbuk Anwar Ibrahim..

"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia, " kata Kamariya Rejab, 59, yang kecewa majlis perkahwinan anak tunggalnya kurang menerima kehadiran jemputan kononnya kerana Himpunan Aman Bersih 2.0, Sabtu lepas.

Sambil menyalahkan Anwar kerana Himpunan itu, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian untuk menyaman penganjur himpunan kerana kerugian RM45,000 ekoran kurang tetamu hadir.

Daripada 3,000 tetamu jemputan, hanya 1,000 orang hadir, maka rugi lah..., katanya yang mengadakan kenduri anaknya Rehan Jaharudin, 29, dengan Dzulfikar Mahtar, 29, di Desa Pandan, Kampung Pandan.

"Ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan," katanya.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, sedih kerana hanya jiran di Desa Pandan yang datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu," katanya yang jelas tidak redha dengan apa yang berlaku.

BERSIH pada hakikatnya telah rencanakan lebih enam bulan lepas.

Komen aku :-
Come on la makcik wei.. walaupun saya ni bukan kaki ampu politik.. seorang bersikap duduk atas pagar.. dan tidak mencampuri urusan politik lain.. tapi bila melihat gelagat mu.. saya terdetik nak bertanya apa yang didalam pemikiran mu?.. kalau da orang tak datang kenduri tu pi lantak dia la... yang makcik ni nak salahkan orang lain kenapa?.. pastu nak bercerita kos kenduri kat orang ramai...

makcik ni berniaga ka?.. makcik ohh makcik.. islam tu da mengajar kita erti berserderhana... bukan menunjuk-nunjuk..
hakikat sudah diberitahu lama tentang perhimpunan tersebut.. sepatutnya makcik sudah bersedia.. untuk mengelakkan bertembung dengan hari tersebut.. tapi makcik buat gk?..
lagipun bgi sy jalan sesak kat KL cuma sampai hari sabtu je.. ahad da lengang.. takkan tak boleh buat kenduri hari ahad kot?...
jadi sekarang salah siapa?.. ada otak pikirkan elok-elok yer...
itu terpulanglah pada makcik.. nak tumbuk anwar ibrahim atau tidak.. kalau tumbuk bawak media sekali.. makcik kn gila glamer.. ok la selamat maju jaya...

Saturday, July 16, 2011

Patriotik pada bola dan negara.

Photobucket

Pening gak aku nak tulis entri sebegini.. aku ni bukan pakar sangat bab bola sepak apatah lagi bab bola+patriotik.. cuma aku mampu luahkan apa yang aku rasa sekadar pendapat dan komen tentang situasi sekarang.. situasi apa bila aku banyak berdiam dan merayau-rayau dipage orang lain..

Sejak due, tige hari ni sering terbace Artikel, entri blog dan celoteh laman sosial mengenai bende ni. Semangat kebangsaan atau dalam bahase standardnye... Patriotik. Samade aku atau korang, kite adelah rakyat disebuah negare yang bername Malaysia. Sebagai rakyat, cintekan negare tu merupekan bende yang wajib di lakukan oleh kite semua. Ade sape-sape nak bangkang?

Dalam konteks bolasepak pulak, setiap individu mempunyai pasukan Negara masing-masing. Baik Abu, John Smith, Xiao ming, Owidegu dan lain-lain. Aku jugak percaya selain pasukan Negara yang kite sokong, kite juge menyokong pasukan lain. Dari pasukan Negeri, kelab tempatan mahupun kelab Seantero dunia. Bende ni Normal, aku sendiri ade kelab Luar yang aku sokong. Serius!!

Bagi aku, ini adelah Krisis dalaman. Krisis dalaman bagi seseorang yang mencintai bolasepak akan berlaku, apabila Pasukan Negara yang dicintai bertemu dengan kelab yang disanjung. Krisis ni datangnye dari diri korang sendiri dan hanye korang saje yang boleh mengatasinye. Jangan sesekali membiarkan krisis ni menguasai diri. Bile bende ni dah jadi, memang parah....

Kene pandai managelah... Dahulukan ape yang patut didahulukan dan kemudiankan ape yang tak patut. Segalenye terpulang pade individu. Kite menjadi Rakyat Malaysia dari dalam perut ibu dan sampai ke mati, jike tak tukar warganegaralah. Bagi aku, ape yang korang buat... fikirlah baik, buruk dan jangan sampai mengguris hati sesetengah pihak. Sentiaselah berserdehane dalam Kehidupan... tak salahkan?..

Bak kata pepatah.. kata dulang paku lebih.. kata orang dia lebih..

Tuesday, July 12, 2011

High Heel Shoes?


Saya bukan penggemar kasut tumit tinggi ni.. apatah lagi memakainya..
<--- tiru ayat seseorang.. Hehehe



Photobucket

Gambar kat atas ceritakan tentang kesan memakai kasut tumit tinggi..
cantik memang cantik.. korang akan nampak tinggi.. wow... nampak lebih gojes.. wow... nampak lebih hot.. wow.. nampak lebih seksi.. wowo... hahahahah cool kan kasut ni?...
tapi... aku cuma nak pesan.. anggun sekarang bukan bermakna akan selama-lamanya anggun... jangan kerap sangat guna.... ok!!

Tolonglah sebarkan kat awek2.. kakak.. atau makcik2 korang yang suka sangat guna kasut tumit tinggi...

Sumber:By email.
*nasib baik sidia bukan penggemar kasut tumit tinggi*

Monday, July 11, 2011

Pantang aku bila...

Aku paling pantang bila dapat mesej dalam inbox fb aku suh wat benda jadah ni....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tumpang lalu yea... Hehehe...

Saya seperti nama di atas ingin meminta jasa baik anda untuk vote gambar saya:
http://www.facebook.com (url pic dia.. pertandingan ke.. contest ke.. yang penting menaruhkan paras rupa)

Tapi anda perlu like dulu Page ini, http://www.facebook.com (pages pertandingan tu...)
Tolong menolong suatu amalan yang sangat mulia... Hehehe..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

biasa aku akan ignore je.. agak2 la.. da la masuk contest menaruh paras rupa.. pastu bajet hot.. memang tak la aku layan...
agak2 kalau da melampau sangat... aku maki.. marah.. remove terus dari friend list.. pastu BLOCK... biar takde kawan macam ni pun tak pe la..

Pastu ada satu lagi yang terlampau semak bila orang buat event...
banyak yang terkena.. add untuk facebook.. twitter.. blog dan macam2 lagi sosial page...
tolong arr.. bawak2 la bertaubat.. elok2 ko tak kena maki.. last ko kena maki.. come on la.. bukan macam tu cara nak ramaikan kawan dan peminat... grrrrr

Tips Reject Awek

Nak reject pompuan susah, takut nanti dia frust dan bunuh diri, jadi guna dialog ni



1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...

2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..

3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)

4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...

5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...

6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...

7) Errr, sori, terpegang pulak....

8) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10

9) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....

Photobucket
*pic x de kaitan dengan tips kat atas... hahahaha*

Wings-Sakit Bantal Empuk



Caj caj caj caj caj caj
Suka hati kau tak berbudi kau tak mengerti
Kau tak perduli ku kau anggap kutu kari

Das das das das das das
Hentam saja kau tak berjiwa kau tak merasa kau tak periksa
Siapa yang mengalas kerusimu di bawah
Di bantal empuk mu kau terlupa janji mu

Dam dam dam dam dam dam
Kami jeran kau tak kasihan kau tak sayangkan
Kau tak ringankan kami sekalian yang bergelar sang Marhain
Di rumah tumpangan kau terlupa diri mu siapa

Kau sedarlah
Kalau bukan kami yang tumpang yang bersusah payah
Berkompang hingga menang hingga dijulang...



*lagu sesuai untuk orang yang kita pilih duduk diatas..*
kepada yang diatas.. tolonglah lakukan apa yang kau sudah janji...