Saturday, May 4, 2013

4 perangai yang sangat poyo bila berjalan-jalan.




1.Tak suka bergambar = Jenis yang suka cakap "Sikit-sikit nak amik gambar, kat meru pun ada", tapi bila dah sampai rumah mulalah tanya gambar dah okey?, nak wat DP facebook katanya, siap bagi pendrive suruh copy semua gambar aktiviti masuk dalam pendrive padahal satu gambar pun tak ada muka dia.

2.Tak suka berjalan = Jenis yang missing story punya, bila member ramai-ramai ajak gi sana-sini tak nak, gaya nak bajet cool duk kat tembok hisap rokok konon abang macho, tapi bila da settle member duk beborak pasal benda yang diorang nampak, tetiba dia jadi super blurr, pastu guna ayat super touching "untunglah korang jalan-jalan tak ajak aku".

3.Tak suka beli barang = Sama dengan jenis yang tak suka berjalan, pastu bila nampak member beli mulalah nak perli "barang tu bukan ada guna pun", bila dah sampai rumah, masa nak kemas-kemas beg bila tengok barang yang member beli mulalah nak puji cakap cute la apa la pastu minta!!, bila member tak bagi mulalah guna ayat touching "untunglah ada beli ole-ole, kawanya 1 apa pun tak ada".

4.Suka plan dan suka buat perangai dari no 1-3 = yang ni kaki plan, bila dah tak ada gambar, tak ada cerita dan tak ada ole-ole mulah dia nak plan, nak desak member-member lagi sekali pergi tempat tu, pastu bila dah pergi dia akan buat tiga perangai diatas lagi sekali.