Thursday, August 30, 2012

Macam ini?


Yang macam kat atas ni la yang gua minat.

Wednesday, August 29, 2012

Botol Air













Bukan nak cakap fans kelantan je yang suka buat kerja macam ni,fans negeri lain pun ada gak yang buat benda macam ni.

Cuma gua ada 3 idea keselamatan je nak elakkan benda macam ni dari berlaku.

1.Ketatkan kawalan kat pintu masuk,kalau boleh letakkan anjing pengesan kat pintu masuk bagi mengesan kemasukan mercun ke dalam stadium,biar anjing tu gigit orang yang bawak mercun tu.

2.Penjual air,suruh je diorang jual air dalam cup kertas tapi size besar,ais tu kasi blender halus-halus,gua cakap terus teranglah,kalau botol air diharamkan tapi ais besar 50 sen pun tetap haram jadah,siap cawan dengan ais dengan air diorang boleh baling,kalau kena kat player takpe,ni kena kat geng penonton juga,lagi lahabau kalau yang baling kat tingkat atas,nak kejar memang tak dapatlah.

*benda ni kerap berlaku kt stadium tempat gua*

3.Ni idea merepek.
Letak jaring bagi nampak dalam sangkar dan letak komando 5 orang kat setiap pintu,kalau boleh ada cctv siap dengan robot yang ada tembakan laser,pastu letak sniper kat setiap penjuru stadium,peluru tukar dengan ubat pelali,biar yang baling membaling tu pengsan dan senang kena tangkap. hehehehe toksah ikutlah ye.




#Presiden FAM sila letak jawatan.

Asaskan diri.




Di dalam dunia maya,
anda bukan bertutur dengan mulut,
tapi anda bertutur dengan hati.

Anda membaca bukan dengan bibir,
tetapi anda membaca dengan hati.


-Kita sering tersalah menafsir apa yang orang lain cuba sampaikan, sering sahaja berlaku pergaduhan kerana sifat kita yang cepat panas dan cepat bertindak.

-Kita juga boleh dikatakan pemalas kerana malas berfikir dengan lebih mendalam untuk memahami perihal artikel dan post yang cuba disampaikan oleh penulis.



-Jika penulisan seseorang pun kita tak dapat memahami,jangan cerita kita dah boleh baca pemikiran penulis itu.

#tak faham tanya,jangan hentam sahaja.

Tuesday, August 28, 2012

Bersebab tak suka













Sebab kenapa orang tak suka kat gua,

1. Tak suka pandangan gua dalam politik dan agama.
2. Tak suka padangan gua kerana berlainan kelab bola sepak.
3. Merasakan fikiran gua cetek, sensitif dan bias kepada sebelah pihak.
4. Merasakan gua sombong.
5. Merasakan gua tak hensem untuk menjadi orang terkenal.
6. Tak layak untuk gua jadi manusia serba tahu.
7. Gua kuat troll orang lain, sindir,bahan dan sakat.
8. Gua Penyibuk.
9. Gua kaki tikam depan.
10.Gua adalah gua,ahh keras kepala mungkin.

Selain dari sebab kat atas,
mungkin orang tu dari perut lagi tak suka kat gua.

Tak suka tak mengapa, tapi jangan ghaib beri pandangan dan mohon teruskan jadi pembangkang dalam hidup gua.

Manchester United A dan B










Gua saspek editor gambar ni kena gam sebelum buat kerja,dah macam Harimau Muda A dan B.

Sunday, August 26, 2012

Manchester United 3 - 2 Fulham














Menang dalam keadaan cacat,Wayne Rooney Cedera.

#Aduhai

Tuesday, August 21, 2012

Manchester United 0 - 1 Everton











Tamparan
diperlawanan pembukaan.

Monday, August 20, 2012

Baraan punya cerita.












Sempit akal pemikiran bila bercakap baraan "menyusahkan" tuan rumah yang dikunjungi.

1.Yang cakap menyusahkan tu tak pernah beraya ke rumah orang lain,cuma duduk kat rumah tunggu orang datang.
2.Yang cakap menyusahkan tu tak campur masyarakat.
3.Yang cakap menyusahkan tu orang tak suka rumahnya dikunjungi.
4.Yang cakap menyusahkan tu adalah bangang abadi pasal cakap tak guna otak,dah raya mestilah ada orang "kunjung mengunjungi".
5.Yang cakap menyusahkan tu ketiak dia hitam.

Berayalah kamu sebelum kamu dirayakan.

Wednesday, August 15, 2012

Si celup yahudi.

Gua hari ni nak cerita pasa yahudi celup,mesti korang pernah jumpakan ayat macam kat bawah ni.

"Kari dalam bahasa yahudi bermaksud selipar jepun,jadi janganlah kita menggunakan perkataan kari kerana ia sebagai satu penghinaan halus terhadap kita,bla bla bla bla kita gunakan curry."

Berotak keju je yang akan ikut arahan macam ni,bahasa yang kita cakap adalah bahasa melayu,tak payahlah nak kaitkan dengan bahasa yahudi tu,walaupun sebutan sama tapi maksud lain, Apatah lagi bila kita bercakap antara melayu dan melayu,bukan antara melayu dan yahudi.

Gua saspek ada beberapa sebab kenapa diorang nak jadi yahudi celup

1.Melancong.
Diorang nak pergi melancong ke israel,walaupun umum tahu rakyat malaysia tak boleh jejak kaki kesana sebab?,lu bukak passport lu baca terma dan syarat.

2.I-pop (israel pop).
konon rakyat malaysia majoriti sibuk layan k-pop,jadi dia nak beralih arah layan I-pop,bajet rare konon nak jadi pertama dalam malaysia layan I-POP. puihhh

3.SPY.
Mungkin nak baca dokumen sulit dari ketenteraan israel,
ni lagi satu,bajet dokumen sulit senang-senang ke nak lepas ke tangan orang lain?,malaysia punya dokumen pun tak dapat baca inikah plak dokumen israel.

4.Taksub.
Ketakutan membawa kepada ketaksuban,
yang ni mungkin betul,pasal takut dimomokkan dari kecik sehingga dewasa lagi dimomokkan oleh teori ARRIVAL,FREEMASON,ILLUMINATI dan DAJJAL,belajar konon nak knowledge tahap tertinggi untuk hilangkan rasa sangsi dalam diri terhadap yahudi,bajet nanti kalau jumpa orang yahudi boleh berborak pasal illuminati,sedar-sedar diri tu cuma dikambingkan je.

Nasihat gua lu pikirlah sendiri.