Saturday, June 25, 2011
Share la sesuatu..
Jom try Java Script kat FB.
Friday, June 24, 2011
Tuesday, June 21, 2011
Kawan.
Monday, June 20, 2011
Masalah.
Saturday, June 18, 2011
Kalau dah NOOB!
Entry kali ni aku cerita pasal segenlintir orang yang diatas berlagak pandai tapi noob.. berfikiran sangat singkat.. aku ingat pasal hak-cipta je diorang block.. rupanya.. hehehehe
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menyekat sepuluh laman perkongsian fail adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan penggodam berniat jahat memasukkan virus ke dalam komputer pengguna.Pensyarah Universiti Malaysia Pahang, Syahrizal Azmir, 28, berkata, dalam laman perkongsian fail terdapat penggodam mengambil kesempatan atas keterbukaan laman seperti ini untuk memasukkan virus Trojan atau pintu belakang dalam fail yang dikongsi mereka.
Menurutnya, pengguna mungkin teruja memuat turun filem atau lagu terbaru daripada laman berkenaan tanpa menyedari fail dimuat turun mengandungi Trojan.“Virus yang dikawal penggodam berkenaan bukan saja boleh digunakan untuk merosakkan sistem komputer pengguna, malah penggodam berniat jahat berupaya mencuri data peribadi untuk kegunaan mereka sendiri,” katanya yang memiliki sijil pengiktirafan sebagai penggodam beretika (Certified Ethical Hacker) daripada Majlis Penasihat Antarabangsa E-Perdagangan atau EC-Council.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Malaysia, semalam.
Rakannya Syahrizal Shafie, 31, yang turut memiliki sijil pengiktirafan sama berpendapat kumpulan penggodam yang menceroboh laman web kerajaan baru-baru ini memerlukan tempoh beberapa jam menembusi sistem keselamatan.“Pada pendapat saya tahap keselamatan laman web kerajaan masih perlu ditingkatkan, kakitangan yang memantau aktiviti dalam talian perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk serangan siber,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Mara, Dr Bharanidharan Shanmugam berkata, seorang penggodam memerlukan lima langkah untuk memasuki sistem komputer yang disambung kepada Internet sebelum berupaya melakukan kerosakan pada laman web berkenaan.Lima langkah terbabit adalah peninjauan (reconnaissance) mengesan alamat IP (scanning), mencari jalan masuk (gaining access), mengekalkan akses (maintaining access), dan menghilangkan jejak (clearing tracks).
Katanya tempoh masa menggodam komputer berbeza mengikut kemampuan individu.
“Seorang penggodam amatur memerlukan masa dua hingga tiga jam manakala bagi seorang profesional mungkin hanya 10 minit,” katanya.
1.Alasan untuk menyekat file sharing websites berkaitan dengan isu hakcipta
2.Timbul pula alasan lain atas sekatan terhadap laman web berkenaan iaitu khuatiri virus Trojan menyerang sistem komputer pengguna.
p.s : Lepas ni?
Thursday, June 16, 2011
Hack FB
Wednesday, June 15, 2011
Sekatan SKMM.
Wednesday, June 8, 2011
-3 shift-
Tuesday, June 7, 2011
Takde HIPOKRIT?..
Entry kali ni aku nak cerita pasal HIPOKRIT.
Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah konkrit…<-- awal2 da nk wat lawak.. ehh bukan-bukan.. hipokrit tu ialah orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka.. ataupun buat2 jahat tapi dalam hati suka.. benci tapi sayang.. tak de kaitan dengan benci bilang cinta yer... tak paham?.. alah topeng muka tu.. heheheh dan mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?
tapi penah tak korang terfikir… sebenarnya kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini? kt mana?yok kita renungkan...
Hmm…tengoklah. Kita bising bila orang buat keje hipokrit kat kita…kita gitau orang lain. Cerita pasal keburukan orang lain kepada kawan2, dan compare diri dengan mengatakan":-
“kalo aku jadi dia aku takkan buat camni camtu”
“kalo aku marah pun takde la buat cam sekian sekian”
"ehh bdk tu asyik main game je.. kalau aku x de la.."<--sambil berfacebook masa keje...
"x patut la dia biarkan awek dia mcm tu."<--- sms pakwe dia dari tengah hari x dibalasnye langsung.. hahahaha
Kadang2 kita rasa diri kita lagi bagus daripada mangsa umpatan tersebut padahal kita lagi teruk.. ad kot.. hehehehe…
haa tu dia…kita yang bajet bagus ni pun mengumpat orang. Tak hipokrit ke tu? Dah jadi sama level dengan hipokrit tersebut. Kalau taknak jadi hipokrit baik diam je… tapi kalo diam je, camane nak selesaikan masalah? Nak bincang dengan sape? Nak ngadu kat sape? takde cita-cita?.. tak de matlamat? harapan? macam mana nak tackle awek? takkan awal-awal nak tunjukkan ko ni sengekek?.. takkan nak berdiam je?.. Kalo simpan dalam hati je bahaya. Nak taknak, terpaksa jugak kita luahkan...
Dalam kerja pun sama.. kita nak gi interview x kn la nak guna seliper jepun yang kita pakai selalu masa jalan2 kat shopping complex.. atau pakai baju sejuk yang setebal 3 inci tu?.. x pun guna tudung ala-ala al-qaedah masa nk minta kerja?.. hiss come on la.. kita kena ikut gak garis panduan pakaian ketika gi interview.. da interview time keje plak.. kita kena ubah gaya kita.. tengok tu.. kita da hipokrit dari sifat asal kita kan?.. hahahahaha
Nak jadi pemimpin atau ketua pun sama.. kena ada benda ni gak.. melainkan ko dilahirkan da ada pakej pemimpin.. ada mukjizat.. ada supernatural.. ada kuasa macam goku.. hahahaha... tapi ko manusia biasa.. kuasa yang ko ada cuma topeng hipokrit ni gk...
Bukan aku setuju sangat hipokrit ni.. tapi kekadang ad gk yang aku x suka.. tapi nk wat cmner.. kita sebagai manusia kena terima je... huhuhuhu tenangkan fikiran... dekat diri pada ALLAH...
So, kesimpulannya, setiap manusia tidak boleh lari daripada sifat hipokrit! Kadang2 kita tak sedar kita jadi hipokrit…oleh itu…hati2 sikit bila panggil orang lain hipokrit. Cermin diri tu dulu. Tapi kalo nak panggil gak takde sape halang. Sekadar nak lepas geram lantak la apa ko nak kata. sebab aku pun gitu jugak.
Manusia perlukan sifat hipokrit.. kalau tak de sifat tu terang2 ko ni patut disembelih.. hohohoho