Friday, April 29, 2011

Kassim Selamat.

Photobucket

Entry kali ni aku nak bercerita tentang sikap manusia yang mudah mengalah dan cepat berputus asa.. maksud aku bukannya kita tidak redha atas ketentuan ilahi tetapi kita kena paham kat sini apa yang diberi oleh Allah itu adalah satu cabaran untuk umatnya.. Allah nak menilai sedaya mana kita mampu menghadapi cabaran dalam hidup kita..
Ok.. Mesti ramai kat sini pernah tengokkan IBU MERTUAKU... dan mesti korang kenal sape itu Kassim Selamat?..

"Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?" -Nyonya Mansoor
"Ahli muzik" -
Sabariah
"Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!!" - Nyonya Mansoor

Bukan bermaksud aku nak menghina atau mengkeji Kassim Selamat nie.. tapi terus terang aku cakap cara dia menghadap masalah.. lagi2 bila berpisah dengan bini dia.. buat aku rasa meluat..
Setiap yang dicipta oleh Allah ada pasangannya.. tapi kalau da itu bukan jodoh.. dia sepatutnya redha.. dan meneruskan hidup.. bukan duduk dibawah kolong menangis teresak-esak sampai mata buta.. nasib baiklah Abang Ali(Owner Kolong) tu baik hati nak bagi dia tinggal kt situ.. tak payah bayar 1 sen pun... kesian kan kassim selamat?.. huhuhu tapi bagi aku tak kesian langsung.. PEMALAS... HA HA HA HA

Babak seterusnya bla.. bla.. bla.. sampai dia tukar nama jadi Osman Jailani.. Wahhh yang ni aku respek sikit.. pasal dia da rajin.. pandai guna bakat dia.. bagus la.. dia dapat kenal awek baru... disamping dengan orang-orang yang sayang kat dia.. babak ni aku suka... tapi masuk babak jumpa Sabariah?.. ni ex-bini dia.. x kena cerai pun... ermm mcm mana dia boleh kawen dengan Doktor Ismadi?.. hahahaha.. peliklah orang dulu2...

Ok.. lepas jumpa Sabariah (masa tu buta lagi).. aku tengok da mcm orang kena game je dengan pompuan.. ikut je pe minah tu cakap pe.. repair mata.. dia pun repair.. dah ok.. tapi terus terang aku cakap Kassim selamat ni memang noob.. x kan la x kenal atau x cam muka orang yang disayang.. senang2 je kena kencing dengan sabariah.. alasan pelanduk dua serupa.. padahal Kassim Selamat tu orang singapore.. singapore tu besar mana la wei.. tak kan tak de kabel... maksud aku kawan-kawan dia.. hehehe kesian dia.. lawak plak... HA HA HA HA

Aku malas nak citer babak konflik.. kat kubur.. pasal terang-terang dia kena game dengan nenek tua tu.. hehehe ok kita terus ke babak dia balik kerumah.. lari masuk kebilik dan cucuk mata?.. Ya Allah.. kita dapat tengok betapa bodohnya manusia ni.. Tidak menghargai peluang kedua.. sia-sia je pengorbanan orang-orang yang sapot dia dari mula.. aku pun sama menyesal je kesian kat Kassim Selamat.. HU HU HU HU

Kesimpulan dari mamat ni.. moral positif tak de langsung... banyak benda tak boleh nak di ikut kat mamat ni... apa pun tak boleh la mamat ni... jadi kepada lelaki-lelaki yang tengah frust kat luar sana.. jangan ikut cara mamat ni settelkan masalah... kita lelaki beb.. teruskan hidup.. gambateh.. kerja tetap kerja.. majukan diri dari diri yang lama.. menangis dan menoleh ke belakang bila perlu... papahal bila da berjaya cari pengganti... terus kawen.. .. tapi kalau jadi macam kes Kassim Selamat.. korang bawak lari je bini korang gi Afrika.. jangan bagi mak mertua korang jumpa dia.. hahahaha

Ok sampai kat sini je aku nak taip.. kang lebih2 mau ada orang emosi.. ni cuma pandangan aku.. tak tau la pandangan orang lain.. kalau ada terjentik telur tu aku minta maaf la yer.. hehehe

Photobucket
-Kempen berkeluarga-


Thursday, April 28, 2011

Adakah Kita Akan Menjadi Gila Sekiranya Banyak Berfikir?


Photobucket
1.Saya tidak setuju sekiranya ada orang cakap " kita boleh jadi gila sekiranya banyak berfikir "

2.Kenyataan itu adalah seperti kita boleh menjadi pekak sekiranya mendengar bunyi

3.Kerana takut menjadi gila, ramai yang akan mengelakkan perkara yang ditakutinya.dalam kes ini ramai yang tidak akan banyak berfikir

4.Mereka anggap dengan kurang berfikir, akan merehatkan otak.mereka anggap itu adalah sesuatu yang baik

5.Pendapat saya, tidak salah sekiranya menggunakan otak untuk berfikir.gunakanlah pemikiran tersebut

6.Sekiranya tidak tahu untuk berfikir apa.cuba berlatih dengan berfikir tentang menjawab soalan, contohnya :

" Bagaimana untuk saya mendekati diri kepada Allah "
" Bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup "
" Bagaimana untuk saya menjadi kaya "

7.Jom kita berfikir

Photobucket

Nota : tetapi ada juga beberapa perkara yang kita tidak digalakkan fikir

Wednesday, April 27, 2011

Satria auto cruise

Terkejut gila.. bila aku tengok video ni.. memang agak melampau cara pemanduan mamat ni...
tapi aku salute giler.. mana nk dapat Satria Auto Cruise kat malaysia ni?.. kayo giler mamat ni...



Sebab Paling Munasabah Ke Sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.



Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim adalah PENGETUA SEKOLAH!!

Photobucket

Tuesday, April 26, 2011

Hanya Perawan Dibenarkan Petik Daun Teh.

Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu.
Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukannya.
Daun teh yang sudah dipetik perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.
"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.
Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.
Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
<span class=
Pandangan aku:-
anyway, ada bagus nyer gak... mengurangkan masalah sosial...pasal perawan aje bule keje kat situ.. andai kata ada sape2 nak carik jodoh ngan anak dara,
pegi carik aje kat ladang teh tu.. confirm dapat anak dara.. dah ler anar dara berpayu dara besar... pergh!
salute!

Wednesday, April 20, 2011

Add Kawan Di Facebook



Add kawan memang senang dekat Facebook tapi kekadang hangin gak tengok noob yang main add je dekat facebook walaupun tak kenal. Mungkin ada orang yang tak setuju pasal pendirian aku ni tapi takpe kita akan pergi kesitu kejap lagi...


STEP #1: USHA INFO ORANG YANG ANDA NAK ADD
Ini bukan stalking sebab masalahnya korang kena tahu siapa yang korang nak add tu. Entah-entah perogol bersiri ke, pembunuh ayam itik ke...Tak pun bapak sendiri yang menyamar jadi orang muda. Manalah tahu kan? Setakat letak nama "Jejaka Sepi" atau "Abang Horny" yang berumur 17 tahun dan bergambarkan Tom Cruise dan Justien Bieber., sesiapa pun boleh buat tak sampai seminit.
Macam profile aku, aku letak info penting yang kengkawan baru perlukan sebelum add aku, yang berbunyi:
roses are red
violets are blue
before you add,
taruk intro dulu
Tapi kebanyakan yang add semuanya tak sekolah dan tak reti membaca. Atau mungkin saja-saja tak faham bahasa.

STEP#2: SERTAKAN MESEJ PERIBADI
Langkah kedua ni sangat penting untuk mereka yang mengambil berat pasal mendedahkan informasi peribadi di Facebook. Andainya korang guna nama pelik macam aku, kalau nak add orang, haruslah bagitahu si penerima yang korang ni siapa.

Maka si penerima akan berfikir.. oh ni member kawan aku. Takpalah bagi add..untung-untung boleh jadi girlfriend nanti. Ataupun, oh ni sedara seagama... Apa salahnya merapatkan hubungan sedara mara di Facebook. takpun, Oh ni geng-geng M.U.. ok gak meramaikan geng2 Red Devil.. hehehe Selain tagline dalam gambar, ada juga beberapa lain yang boleh digunakan seperti:

  • Saya perogol bersiri yang nak berkenalan dengan awak
  • Saya bapak awak, tapi kita tak pernah berjumpa
  • Saya budak baru kenal Facebook yang saja-saja nak add orang yang tak kenal lepastu buat bodoh je. Ala, saya dah biasa buat di Myspace.
  • Saya sekadar nak bagi bilangan kawan di Facebook banyak je. Bukannya saya nak kenal awak.
  • Saya gay yang nak rapat dengan awak.. bibir awak menggodalah..
  • Tapi sah-sahla aku takkan approve intro message yang macamtu. Yelah takde point pun add orang macam tu kan? Sesetengah orang siap sound aku lg through FB messages pasai pa taknak approve diorang dan keluarlah ayat-ayat macam ni:

    AYAT#1: ALA NAMA PUN FACEBOOK, TAK SALAH PUN ADD ORANG LAH NOOB.
    Brader yang NOOB, ni aku nak tanya sikit. Lu ni mesti ada Myspace dengan Friendster kan? Kawan-kawan lu mesti beribu-ribu kan? Tapi Dalam beribu tu tak sampai 5 pun yang lu kenal betul-betul kan?

    AYAT#2: KO GELABAH SANGAT APESAL?
    Aku bukan gelabahlah NOOB. Masalahnya aku ni jenis tak suka tengok News Feed aku semak dengan status dan post orang yang aku tak kenal. Hari-hari nak update pasal selipar jamban putuslah, kucing demamlah, beli spender dekat LowYatt lah. Tapi yang aku lagi tak suka tengok ialah orang yang berdoa dekat Facebook. Yo, nak berdoa pergi tikar semayang tu lah. Ko 'berdoa' dekat Facebook nak suruh orang like ke?

    Pedas? Minum air. Aku minum susu tadi.