*AKU TAK PAS dan AKU TAK PKR tapi AKU MASIH PEMBANGKANG*
"BERDIRI ATAS TAPAK KAKI SENDIRI DAN MEMOHON DOA KEPADA ALLAH"
Seperti kebiasaan Man.utd menang,bagi Saya itu sangat biasa okey. Biasalah apabila dah kalah man.utd akan bangun,satu goal pun sudah memadai dari goalkan 5 dapat 3 point gak.
Bagi saya ia amatlah bodoh dan bangang apabila melihat seteru Man.utd dibelasah oleh team belasahan Man.Utd,dengan kalah ditempat sendiri adakah tidak malu penyokong kelab tersebut?,Adakah masih ada ruang untuk mereka berkokok bagaikan ayam atau menyalak serupa anjing? dengan nada berbunyi 6-1 untuk selama-lamanya?.
Adakah mereka sudah lupa yang kelab kesayangan mereka pernah ditewaskan oleh Man.utd pada 18 september lalu di Old Trafford?,Kadang-kadang saya terlihat sendiri memang amat jelas sifat kelalangan mereka apabila Man.utd dikalahkan oleh Man.city dan disitu kita dapat lihat mereka seolah-olah lupa yang kalahkan Man.utd tu bukan Chelsea tapi Man.city dan secara tak langsung tertanam dalam minda mereka yang mereka itu KONONnya TRUE penyokong Man.City.
Apakah seronok melaungkan kekuatan orang lain?,Sedangkan kekuatan sendiri tidaklah hebat mana sehingga kalah 2 perlawanan berturut-turut.Apakah itu pasukan yang perlu dibanggakan?,pasukan yang tidak mampu bangkit selepas mengalami kekalahan?,adakah itu pasukan yang perlu disokong?.Bagi saya persoalan diatas jawapannya adalah TIDAK.
Bagi saya sudah puas mengeji tibalah masa untuk mereka diam.Saya menghormati kehilangan dan kepermegian TRUE chelsea untuk menyorok didalam jamban dan didalam semak,bagi saya itulah perbuatan yang sangat mulia pernah dilalui oleh penyokong Arsenal,Man.utd dan kini tiba giliran Chelsea untuk bersama-sama berkongsi jamban.
Kepada Liverpool anda janganlah terlampau merasa lega sangat,ada lagi 28 perlawanan. Tidak bermakna menang dengan Arsenal,Seri dengan Man utd anda mampu berhadapan dengan Chelsea, jangan merasa terlalu angkuh dengan apa yang ada sekarang ini. Kepada Man City jiran Man Utd anda pun sama.
Apa yang paling penting bagi saya sekarang ini, saya akan meraikan kemenangan Arsenal terhadap Chelsea, kenapa saya raikan?. Kerana Arsenal dan Chelsea adalah makanan Man.utd, harap anda tidak lupa. Tetapi tumpuan kutukan pada minggu ini bolehlah diberi kepada penyokong Chelsea kerana selama seminggu lepas komen mereka lebih pedas dari Penyokong pasukan lain.
dah menang BERAK.. HEHEHEHE
"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia, " kata Kamariya Rejab, 59, yang kecewa majlis perkahwinan anak tunggalnya kurang menerima kehadiran jemputan kononnya kerana Himpunan Aman Bersih 2.0, Sabtu lepas.
Sambil menyalahkan Anwar kerana Himpunan itu, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian untuk menyaman penganjur himpunan kerana kerugian RM45,000 ekoran kurang tetamu hadir.
Daripada 3,000 tetamu jemputan, hanya 1,000 orang hadir, maka rugi lah..., katanya yang mengadakan kenduri anaknya Rehan Jaharudin, 29, dengan Dzulfikar Mahtar, 29, di Desa Pandan, Kampung Pandan.
"Ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan," katanya.
"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, sedih kerana hanya jiran di Desa Pandan yang datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu," katanya yang jelas tidak redha dengan apa yang berlaku.
BERSIH pada hakikatnya telah rencanakan lebih enam bulan lepas.
Pasukan ini ditubuhkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu pada 5 Disember, 1955. Bermula dengan 3 terup di awal penubuhannya, FRU telah menempa kejayaan mengatasi masalah ketenteraman awam seperti pemogokan, tunjuk perasaandan rusuhan yang berlaku di awal tahun 1950-an. Pada akhir tahun 1990-an, FRU juga memainkan peranan yang penting dalam menangani rusuhan yang tercetus akibat penangkapan Anwar Ibrahim.
Peranan pasukan ini khusus untuk menyuraikan perhimpunan haram, penumpasan rusuhan dan menjalankan tugas-tugas lain berkaitan dengan keadaan Ketenteraman Awam. Unit ini adalah serba lengkap dan berkemampuan, bermobiliti tinggi dan menjadi Unit Simpanan Ketenteraman Awam. Apabila unit ini tidak terlibat dalam tugas-tugas Ketenteraman Awam, mereka boleh digunakan oleh Pegawai Memerintah dalam tugas membantu Ketua Polis Daerah, Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas yang merangkumi:-
Oleh sebab peranannya yang semakin penting, pasukan ini telah diperbesarkan kepada 7 unit, dengan jumlah keanggotaan pada 2003 seramai 2,481 orang. Setiap unit, mengandungi 3 terup. Di samping itu FRU juga mempunyai unit water canon, unit berkuda dan institusi latihan di Sungai Senam, Ipoh, Perak. Sejajar dengan keperluan semasa dan tuntutan undang-undang, serta bagi melicinkan perlaksanaan tugas, satu terup khas wanita telah diwujudkan dan terup ini berpengkalan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Prestasi FRU ini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini jelas apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memohon kepada PDRM bagi menempatkan pasukan pencegah rusuhan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste. Pasukan ini ditugaskan untuk mengawal rusuhan dan ketenteraman awam di sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.
Setiap pangkalan FRU mempunyai sayap ibupejabatnya sendiri dengan tiga terup (iaitu trup 'A', 'B' dan 'C'). Setiap trup terdiri dari dua seksyen Baton, iaitu seksyen senjata rifel/gas pemedih mata/grened, seksyen pengawal kenderaan, dan anggota lain seperti pemandu, pencatat buku harian, jurugambar, penterjemah, penembak tepat, pengendali semboyan dan mempunyai pasukan simpanannya yang sendiri.
Selain itu pasukan ini juga menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah bg membantu ketua polis daerah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.Di samping itu FRU telah menunjukkan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi apabila dipertanggungjawabkan untuk mengarak Panji-Panji DiRaja ketika menjalankan tugas kawalan kehormatan.
Setiap Unit FRU ditempatkan secara strategik dibeberapa kawasan bandar utama diseluruh Malaysia:-